Faktor usia kelabukan Tun Mahathir

Dalam keghairahan mahu kekalkan kuasa dan barangkali nafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim peluang jadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa segan-silu mempelawa ahli-ahli UUMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kononnya orang Melayu kini terserpih dan berpecah-pecah. UMNO telah hilang arah dan populariti, tiada cara lain melainkan semua menyertai Bersatu.

Tun Mahathir sebenarnya mahukan ahli-ahli Parlimen UMNO menyertai partinya demi mengukuhkan kuasanya dalam Pakatan Harapan (PH) dan agar beliau dan kroni serta kaum keluarganya dapat kekal berkuasa.

Ini dilakukan kerana menyedari kerjasama Pas dan UMNO kini menjadi satu kuasa politik yang kukuh dan bakal menguburkan bukan sahaja PH malah bersekali dengan Tun Mahathir dan Anwar.



Maafkan Tun Mahathir faktor usia.

Tiga pilihan raya kecil (PRK) terakhir di Semenanjung yang ditolak rakyat adalah PH termasuk parti Tun Mahathir sendiri di Semenyih.

Di ambang kehancuran Tun Mahathir memainkan isu penyatuan Melayu.

Jujurkah Tun Mahathir mahukan penyatuan Melayu atau lebih pentingkan kuasa dan kroninya?



Kepada Tun Mahathir, untuk makluman hari ini dan insya-Allah berterusan hingga PRU nanti seluruh jentera dan kekuatan Pas dan UMNO sedang menjalin kerjasama, bekerja dan berpakat di peringkat akar umbi hinggalah ke pimpinan tertinggi.

Pas dan UMNO sedang menjulang kesatuan umat Melayu berteraskan Islam. Inisiatif ini diterima baik rakyat malah dialu-alukan.

Tunggulah saat dan ketikanya. PH hampir pasti kerajaan sepenggal.

-Roslan SMS



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker