Ulangi Henti Guna Bangsa Johor, MP Pasir Gudang Melukakan Hati Rakyat Johor

Nampaknya Hassan Karim benar – benar mahu menguris bukan sahaja pengundinya tetapi rakyat Johor itu sendiri. Malah tindakannya seolah – olah mahu mencabar Institusi Diraja Johor. Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh beliau? Adakah dengan kenyataan ini juga mampu menyatukan rakyat atau memecahkan belahkan kesatuan rakyat Johor? Berikut dilampirkan laporan yang dipetik dari Malaysiakini..

“Jadi tak boleh taasub, tak boleh obses, tak boleh bersikap kenegerian… itu tidak sihat,” katanya.

Malah Hassan berkata beliau sendiri anak Johor dan bangga dengan keadaan itu namun pada masa sama mendukung persekutuan Malaysia.

Hassan yang juga anggota parlimen Pasir Gudang berkata demikian kepada media di lobi parlimen hari ini.

Tak ada kesatuan sampai sudah

Mengulas lanjut, Hassan berkata, Johor hanya satu daripada negeri yang ada dalam Malaysia. Selain Johor, katanya, ada 13 lagi negeri lain yang membentuk Malaysia.

“Kita ada orang Melayu, kita ada orang Cina, kita ada orang Iban, kita ada orang Kadazan, kita ada orang India – maka kita semua adalah Bangsa Malaysia, itu pendirian saya,” katanya.

Pengerusi PKR Johor itu juga menegaskan semua pihak mesti menggalakkan pembentukan Bangsa Malaysia.

“Kalau ada Bangsa Johor, ada (pula) Bangsa Kedah, ada Bangsa Sarawak ada Bangsa Terengagnu… sampai bila (pun) kita tak ada kesatuan,” katanya yang mengambil contoh Indonesia yang bersatu walaupun memiliki ratusan ribu pulau dan suku kaum.

Baca Jadi MB kena berani sikit, pesan Muhyiddin

Dalam pada itu, mengulas kenyatannya yang disifatkan bertentangan dengan istana, Hassan berkata, beliau terpaksa menyatakan perkara yang benar walaupun mungkin tidak disenangi pihak tertentu.

“Saya faham, maknanya saya juga kena berhati-hati.

“Saya hormati institusi sultan dan tapi saya terpaksa menyatakan yang benar dari segi politik, antropologi, sosiologi, iaitu kena terima hakikat negara kita negara persekutuan.

“Johor maknanya, kita sebut orang Johor, orang Kedah, anak Johor, jadi tak boleh Bangsa Johor… salah,” katanya.

Sebagai anggota parlimen yang dipilih rakyat, kata Hassan, beliau perlu memikirkan kepentingan negara melebihi semangat kedaerahan atau kenegerian.

“Konsep itu (Bangsa Johor) digunakan pada tahun 20-an. Ia bermula daripada nenek moyang sultan Johor yang ada sekarang. Saya menghormati, bukan nak ungkit-ungkit,” jelasnya.

berita penuh

https://www.malaysiakini.com/news/482458

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker