Hutang negara RM800 bilion, syabas PH!

KUALA LUMPUR 4 Julai – Hutang rasmi negara hari ini didakwa meningkat hingga RM800.8 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Sempena itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan syabas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan berkata: “Idaman PH untuk hutang rasmi negara RM1 trilion semakin hampir.”

Jelas Najib, dalam masa setengah tahun kerajaan PH telah meminjam RM77.8 bilion.

“Hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pinjam lagi RM3.5 bilion. Bayar balik tahun 2034. Hari Khamis lalu, Menteri ‘Kewayangan’ pinjam lagi RM4 bilion. Bayar balik tahun 2039.

“Maka hutang rasmi negara hari ini naik ke RM800.8 bilion, belum lagi ambil kira juga aset-aset negara yang telah dan sedang dijual secara lambak oleh mereka. Selepas pinjam dengan banyak tahun lepas, kerajaan PH terus menambah hutang negara untuk tahun ini dengan kadar yang jauh lebih pantas berbanding masa (pemerintahan) BN.

“Sekarang, Guan Eng di China untuk kuat usahakan Bon Panda pula. Pinjam dari China. Kalau ‘trend’ setengah tahun ini berterusan maka, kerajaan PH akan tambah lagi RM140 bilion kepada hutang negara untuk tahun 2019 sahaja,” kata beliau menerusi laman Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Najib sempat membuat jangkaan bahawa hutang rasmi negara mungkin boleh mencecah RM900 bilion pada akhir tahun ini dan RM1 trilion pada pertengahan tahun depan. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker