Manhaj Maza

Share

oleh Ab Jalil Backer

Di Malaysia ini ada satu manhaj (aliran pemikiran)sangat berbahaya kepada orang Islam. Mereka selalu memgisytihar diri sebagai kelompok manhaj salafi atau salafiyah.

Namun kumpulan ini sebenarnya hanya menunggang aliran pemikiran salaf. Mereka ini sebenarnya Manhaj Maza atau lebih sesuai dipanggil mazarisme.

Kumpulan ini memang berilmu namun mereka ada kesukaan yang luar biasa menghina, mencerca dan menyindir orang Islam lain yang dilihat luar aliran mereka.

Sebaliknya dengan bukan Islam yang ada kuasa dan wang mereka kelihatan lebih toleran, terbuka dan berlemah lembut.

Terbaru bergilir-gilir Maza dan Rora menyindir dan mengecam ucapan Timbalan Presiden Pas mengenai usul pengisytiharan harta ahli Parlimen.

Berdasarkan ulasan Maza saya percaya beliau membuat komen hanya berdasarkan pertanyaan wartawan sahaja bukannya mendengar keseluruhan ucapan Tun Ibrahim.

Demikianlah kerakusan Maza jika dalam hal mengecam pemimpin Islam lain. Jika membabitkan Lim Guan Eng pelbagai alasan lemah lembut diberinya.

Setelah sedar kesilapan Maza, sidekick beliau Dr Rora pula muncul hari ini menyindir dan memperli Tuan Ibrahim mengenai keperluan petik hadis tertentu jika bersetuju dengan usul.

Ilmuwan Islam, Ibnul Qayyim pernah mengingatkan kaum muslimin agar menjaga diri dari dua bahaya besar, iaitu salah pemahaman dan niat yang buruk.

Manhaj Maza ini sentiasa ada kedua-dua perkara tersebut apabila membabitkan pemimpin Islam di luar kelompok mereka.

Cubalah tegur ulama mereka ini secara baik pun. Kita hanya akan mendapat cercaan dan maki hamun saja.

(Visited 14 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!