Idaman PH untuk hutang rasmi negara RM1 trilion semakin hampir – Najib

SYABAS kerajaan PH!

Hutang rasmi negara telah cecah RM800 bilion hari ini.

Idaman PH untuk hutang rasmi negara RM1 trilion semakin hampir.

Hari ini, Guan Eng pinjam lagi RM3.5 bilion. Bayar balik tahun 2034.

Hari Khamis lalu, Menteri Kewayangan pinjam lagi RM4 bilion. Bayar balik tahun 2039.

Maka hutang rasmi negara hari ini naik ke RM800.8 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah BN.

Belum lagi mengambil kira duit RM82 bilion Petronas yang dipaksa bayar kepada kerajaan PH.

Belum lagi ambil kira juga aset-aset negara yang telah dan sedang dijual secara lambak oleh mereka.

Selepas pinjam dengan banyak tahun lepas, kerajaan PH terus menambah hutang negara untuk tahun ini dengan kadar yang jauh lebih pantas berbanding masa BN.

Dalam setengah tahun sahaja ini, PH telah pinjam RM77.8 bilion.

RM70.5 bilion pinjam dari sukuk tempatan dan RM7.3 bilion bon samurai dari Jepun tapi hanya bayar balik hutang RM17.7 bilion sahaja.

Sekarang, Guan Eng di China untuk kuat usahakan Bon Panda pula. Pinjam dari China.

Kalau trend setengah tahun ini berterusan maka, kerajaan PH akan tambah lagi RM140 bilion kepada hutang negara untuk tahun 2019 sahaja.

Silap-silap hutang rasmi negara boleh sampai RM900 bilion pada akhir tahun ini dan RM1 trilion pada pertengahan tahun depan.

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker