Sultan Ibrahim Biaya Kos Perubatan Remaja Hidap Kanser Tulang

JOHOR BAHRU 2 Julai – Beban kewangan yang dihadapi sebuah keluarga bagi menanggung kos perubatan anak mereka yang disahkan menghidap kanser tulang sejak tahun lalu mendapat perhatian Sultan Johor.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membiayai kos perubatan remaja lelaki itu, Abdul Azim Mohd. Rohazar, 14, yang menetap di Perumahan Awam Bukit Siput, Segamat bersama-sama keluarganya.

Pada hari ini, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Abdul Azim dan turut memberikan kata-kata semangat kepada remaja lelaki itu dan keluarganya.

Baginda turut menyampaikan sumbangan cek daripada Sultan Johor kepada ibu remaja itu, Junaidah Abdul Hamid, bagi pembiayaan kos rawatan serta perbelanjaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan yang dijangka bermula minggu ini.

Junaidah merupakan seorang suri rumah, manakala ayah Abdul Azim, Mohd. Rozahar Abd Latiff, merupakan pemandu lori dan pasangan itu turut mempunyai tiga lagi cahaya mata.

UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker