Jabatan Peguam kekal tiada pendakwaan terhadap Tok Mat

Jabatan Peguam Negara mengekalkan keputusan tiada tindakan pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan kes penggubahan wang RM10 juta melalui pengurup wang ke London.

Menerusi jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong kepada Dewan Rakyat, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes itu telah selesai dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada tahun 2011.

Katanya lagi, pada tahun 2013, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan tiada tindakan pendakwaan dalam kes tersebut dan siasatan telah dihentikan.

“Walau bagaimanapun, pada April 2019 kertas siasatan telah dikemukakan untuk penelitian semula.



“Pada 2 Mei 2019 pihak Jabatan Peguam Negara telah mengekalkan keputusan ‘No Further Action’ (tiada tindakan lanjut) setelah meneliti hasil siasatan,” menurut menteri itu dalam jawapan bertulis tersebut hari ini.

Jawapan itu bagi menjawab pertanyaan daripada RSN Rayer (PH-Jelutong) semalam yang mahu tahu apakah hasil siasatan SPRM terhadap Mohamad mengenai kes penggubahan wang RM10 juta melalui pengurup wang ke London, untuk pembelian sebuah pangsapuri mewah di London.

Isu berkenaan dibangkitkan oleh parti lawan pada April lalu sewaktu Timbalan Presiden UMNO itu sedang menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang dimenanginya. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker