Isu Forex : Masih belum terlewat kalau Kit Siang sekarang mahu mengaku dia sudah tak waras – Najib

Share

Walaupun dia sering sibuk hal UMNO, Kit Siang kata dia tak mahu masuk UMNO kerana mengaku dirinya sebagai ada integriti dan masih waras.

Okay. Kita testing dia sedikit. Serta-merta boleh tahu.

Hari ini kerajaan PH umumkan kes skandal FOREX BNM telah digugurkan walaupun telah menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Bertahun-tahun Kit Siang pernah tuduh ada skandal dan mendesak RCI untuk kerugian RM31.5 bilion (bernilai RM100 bilion duit sekarang) untuk dijalankan.

Siap menulis dan menjual buku bernama “Skandal kerugian Bank Negara dalam urusniaga matawang asing sebanyak RM30 billion”.

Sekarang RCI telah dijalankan. Hasil RCI dah ada.

Bukan sebarang siasatan tapi siasatan DiRaja) yang menyeluruh, telus dan terbuka – di mana prosiding setiap hari dilaporkan dengan meluas oleh media.

Tapi kerajaan PH tak teruskan tindakan ke atas keputusan RCI itu.

Dah No Further Action (NFA) tanpa sesiapa perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan dana ini amatlah besar iaitu sebanyak 20% dari KDNK negara untuk tahun-tahun itu.

Satu sen pun tak dapat kembali. Satu sen aset pun tak ditinggalkan..

Kit Siang pula membisu seribu bahasa.

Buat-buat tak nampak.

Jika Kit Siang dakwa dia ada integriti dan dia masih waras, adakah MenHEN ini akan bagi refund dan minta maaf kepada setiap pembeli dan pembaca buku dia?

Masih belum terlewat kalau Kit Siang sekarang mahu mengaku dia sudah tak waras dan oleh itu, telah terlupa pernah tulis buku itu.

Najib Razak

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!