Henti keluar cerita dalaman parti

 

Setiap ahli dan kepemimpinan UMNO diminta supaya menghentikan perbuatan mengeluarkan cerita dalaman parti itu dan mengecam pemimpin tertentu secara terbuka dengan tuduhan tanpa asas serta bukti.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Farid Mohd. Nor berkata, butiran dan perbincangan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan misalnya bukanlah sesuatu yang boleh dikongsi secara umum.

“Tindakan sedemikian adalah jelas melanggar sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia yang telah dilafaz sewaktu mula-mula dipilih atau dilantik.

“Mereka harus berhenti membuat kenyataan seperti ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Farid berkata, fokus UMNO seharusnya kepada pihak lawan yang sedang berusaha melenyapkan parti itu dari negara ini.

“Jadi saya menyokong penuh saranan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mahu setiap ahli UMNO memberikan fokus kepada usaha penyatuan ummah dan kerjasama antara UMNO dan Pas demi mempertahankan martabat agama serta maruah bangsa yang semakin dirobek di bawah rejim Pakatan Harapan (PH),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker