Cina Hong Kong dilantik menjadi Pengarah Khazanah.

Eksekutif Tencent antara 3 dilantik ke lembaga Khazanah

Khazanah Nasional Berhad melantik 3 ahli lembaga pengarah baru, termasuk seorang eksekutif tinggi gergasi e-komersial China, Tencent Holding Company.

Khazanah dalam kenyataan berkata pelantikan Azian Mohd Aziz, Prof Xiao’ou Tang, dan Lau Seng Yee berkuatkuasa 26 Jun.

Azian adalah ketua jabatan penasihat di Jabatan Peguam Negara dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan.

Beliau antara lain pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan.

Xiao’ou, seorang profesor di Universiti China Hong Kong, juga adalah pengasas SenseTime, sebuah syarikat kecerdasan buatan terkemuka yang menumpukan pada visi komputer dan pembelajaran mendalam.

Beliau juga berkhidmat sebagai pengarah madya di Institut Teknologi Lanjutan Shenzhen di Akademi Sains China.

Kau adalah naib presiden eksekutif kanan Tencent, di mana dia juga adalah pengerusi untuk pemasaran kumpulan dan penjenamaan global.

Beliau bersama Tencent sejak 2006 dan memainkan peranan dalam membina syarikat itu hingga menjadi salah satu daripada 5 firma teknologi tersenarai awam di dunia dengan permodalan pasaran melebihi AS$430 bilion.

Pada 2015, Lau dianugerahkan “Global Media Person of the Year” oleh Cannes Lions, menyertai senarai penerima terkenal seperti pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan bekas CEO Microsoft, Steve Balmer.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker