Parti Keramat UMNO, Presiden Kembali Memimpin

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan beliau kembali menguruskan UMNO sebagai Presiden parti.

Suara-suara sumbang akan tetap ada di mana-mana. Namun adalah hak dan tanggungjawab beliau menguruskan UMNO seperti mana kepercayaan perwakilan UMNO.

Pendakwaan beliau di mahkamah masih dalam keadaan “tidak bersalah” sehingga Pendakwaraya berjaya membuktikan sebaliknya.

Sehingga itu Ahmad Zahid adalah seperti orang lain berhak menjalankan tanggungjawab politiknya sehingga 2021.

Jika suatu hari nanti beliau bersalah, saya pasti beliau akan melepaskan jawatan. Sehingga itu beliau adalah seperti rakyat Malaysia yang lain bebas memimpin organisasi dan aktif dalam kegiatan politik negara.

Pakatan Harapan adalah parti paling tidak layak mempertikaikannya.

Lim Guan Eng bukan sahaja bertanding dalam pilihan raya, malah menjadi Menteri Kewangan ketika beliau masih dalam perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi.

Anwar Ibrahim pula memimpin PKR ketika beliau berhadapan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Safie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ketika masih dalam siasatan rasuah SPRM.

Zahid Mat Arip Setiausaha Politik PM mempunyai pertuduhan rasuah di Mahkamah ketika dilantik.

Sebaliknya Ahmad Zahid dipilih sebelum didakwa di mahkamah.

Maka tidak ada sebab Zahid tidak boleh kembali memimpin UMNO.

Jika ramai ahli MT UMNO tidak bersetuju bolehlah mereka meletak jawatan secara beramai-ramai.

Jika 2/3 ahli MT meletak jawatan maka satu pemilihan semula parti peringkat Majlis Tertinggi UMNO boleh diadakan dengan segera.

Ab Jalil Backer

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker