Dana 1MDB, Mukhriz Mahathir Jangan Nampak Sangat Bodohnya

Adakah anda percaya bahawa Mukhriz Mahathir ketika menjadi Pengerusi Badan Perhubungan parti itu yang tidak tahu mengenai dana 1MDB yang disalurkan ke akaun UMNO Kedah amatlah meloyakan. Menurut Muhammad Sanusi Mohd. Nor timbalan Pesuruhjaya Pas negeri mustahil Mukhriz sebagai Pengerusi UMNO Kedah pada masa itu tidak tahu mengenai kemasukan wang yang dikatakan mencecah jutaan ringgit.

“Kalau duit masuk RM1 atau RM2 tidak apalah sekiranya tidak tahu. Ini UMNO Kedah pada masa itu dikatakan terima lebih RM1 juta, dia (Mukhriz) boleh kata tidak tahu,” katanya ketika berceramah dalam program penyatuan ummah di Padang Taman Sena, Labu Besar di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pendakwah, Ahmad Husam Baderudin dan pemimpin-pemimpin setempat.

Mukhriz yang juga anak manja kepada Perdana Menteri paling tua membuat pusingan U berkata bahawa segala urusan berkaitan dana diuruskan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Bendahari UMNO negeri,



Berdasarkan rekod selain Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal juga masing-masing pernah menjadi Pengerusi UMNO Johor dan Sabah yang dikatakan turut menerima dana 1MDB. Namun mereka kini menganggotai parti kerajaan dan dipercayai telah disucikan dari dosa dan noda sebelum ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker