Perincikan bintang kebesaran Latheefa Koya

Umno meminta SPRM memperincikan bintang kebesaran ketua pesuruhjaya badan itu Latheefa Koya yang mula dipertikaikan pengguna maya.

“Mungkin atas prinsip integrity, accountability dan transparency badan yang penting ini, SPRM boleh perincikan bintang kebesaran KP SPRM yang beliau pakai pada pakaian rasmi SPRM,” kata Setiausaha Agung Umno Annuar Musa.

Annuar berkata demikian di Twitter ketika mengulas kritikan seorang pengguna media sosial itu yang menyebut:
“Gila apa, uniform full siap pangkat dengan pingat bagai. Kau bertauliah ke?”

Mungkin atas prinsip INTEGRITY,ACCOUNTABILITY DAN TRANSPARENCY Badan yg penting ini,SPRM boleh perincikan BINTANG KEBESARAN KP SPRM yg beliau pakai pada PAKAIAN RESMI SPRM https://twitter.com/kotalamakiri/status/1144271499769110530 …
Kota Lama Kiri
@kotalamakiri

Gila hape … uniform full siap pangkat dengan pingat bagai. Ko bertauliah ke?@NajibRazak @Noor_haizaA @tunfaisal @SaifulTorres @RameshRaoAKS @riz_esp @Ayahanda_MD @fikhwanBait @BetterNation3 @blackmerz101 @xbrain @SirJ4O @HamdanRukun @AimanAirin2 @IiiAzmi

Antara kritikan lain di alam maya termasuk berkaitan jumlah pingat dipakai Latheefa serta berkaitan bar perkhidmatan yang yang hampir penuh.

“SPRM kena siasat segera Ketua SPRM yang baru, Latheefa Koya macam mana dia boleh dapat pingat pingat ni walaupun tak sampai sebulan dilantik.

“Siapa yang dia ‘bayar’ untuk beli pingat semua ni? Harap SPRM telus,” tulis seorang pengguna Facebook bernama Rf Lias.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan Latheefa dan SPRM berkaitan kritikan itu.

Pelantikan Latheefa diumumkan pada 4 Jun lalu bagi menggantikan Mohd Shukri Abdull yang menamatkan kontraknya lebih awal.

Latheefa ialah seorang peguam hak asasi manusia dan bekas pemimpin pusat PKR.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker