MENUNGGU RONNIE LIU MEROYAN

Hasil pendengaran awam SUHAKAM ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat pada 3 April lalu telah mendapat reaksi keras daripada pemimpin DAP, khususnya Ramkarpal Singh, Charles Santiago dan Ronnie Liu.

Paling keras adalah Ronnie Liu yang menyatakan pada 9 April bahawa satu siasatan baru mesti dibuat oleh satu badan bebas yang tidak mengandungi polis dan ahli-ahlinya hendaklah mereka yang bukan beragama Islam atau Kristian.

Begitu juga dengan Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED) yang diketuai oleh Rama Ramanathan yang menyatakan pada 24 Mei bahawa Pasukan Petugas Khas mestilah mengandungi ahli-ahli masyarakat sivil.

Hari ini Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pembentukan Pasukan Petugas Khas yang diberi tempoh enam bulan untuk melakukan siasatan ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.



Enam anggota Pasukan Petugas Khas ini adalah:
(1) Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Rahim Uda: Ketua.
(2) Bekas Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mokhtar Mohd Noor: Ahli.
(3) Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Datuk Zamri Yahya: Ahli.
(4) Pengarah Bahagian Operasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), Datuk Muhammad Bukhari Ab Hamid: Ahli.
(5) Pegawai Undang-Undang Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (AGC), Mohd Sophian Zakaria: Ahli.
(6) Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mohd Russaini ldrus: Setiausaha.

Kita tunggu sahaja Ronnie Liu dan gengnya meroyan ?

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker