MEMAHAMI SIKAP SINIKAL HISHAMUDDIN RAIS TERHADAP DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Membaca catatan Hishamuddin Rais dalam Malaysia Kini hari ini bertajuk “Anwar Ibrahim kena pau?” membuatkan saya tertanya-tanya: Apa punca Hishamuddin Rais yang sebelum ini adalah penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi begitu sinikal terhadap beliau sejak kebelakangan ini?

Sikap sinikal ini jelas boleh dilihat dalam ayat-ayat ini:

(1)“Apa yang dikatakan sebagai ugutan ini hanya akan berjaya jika apa yang ditulis oleh Yahya Ismail adalah sesuatu yang Anwar dan Johari tidak mahu umum mengetahui. Apa perkara itu? Jeng jeng jeng.”
(2) “Anwar bin Ibrahim ini bukan sahaja merancang malah memasang strategi untuk menjadi perdana menteri Malaysia. Kah kah kah.”
(3) “Dalam bahasa sempoi – jika Yahya Ismail buka cerita maka Pak Sheikh akan kantoi. Kah kah kah.”

Ia malah boleh dilihat lebih jelas lagi dalam perenggan ini:



“Yahya Ismail ini hanya bertaraf cicak kubin. Cicak kubin pun telah berani ‘mengugut’ Anwar RM400,000. Bayangkan jika Anwar Ibrahim ini diugut oleh China Merah? Anwar Ibrahim diugut oleh Amerika Syarikat? Anwar Ibrahim diugut oleh Singapura? China Merah mengidam satu pelabuhan tentera laut di bumi Melayu ini. Amerika mahu Malaysia menyokong pertarungan kuasa Zionis-Anglo-Amerika dengan China Merah. Singapura mahu ruang angkasa di Tanah Melayu. Singapura mahu pasir. Singapura mahu air terus lima sen satu gelen sampai dunia kiamat. Ugut ugut ugut. Jelas sesiapa yang memiliki rahsia hitam akan berpotensi diugut.”

Tetapi inilah politik: Kawan pun boleh bertukar jadi lawan.

Dr. Kamarul Yusoff



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker