Pencemaran Toksik : Pisang Berbuah Dua Kali, Monyet Suka Hati

oleh Ab Jalil Backer

Pada Mac 2019, lebih 2000 orang terpaksa mendapat rawatan hospital dan 111 sekolah terpaksa ditutup akibat pencemaran toksik di Pasir Gudang.

Pada Jun 2019 lebih 70 orang pelajar terpaksa menerima rawatan sesak nafas dan 11 sekolah ditutup akibat pencemaran yang sama.

Kita boleh anggap kejadian pertama pada Mac lalu adalah sebagai keadaan tidak bernasib baik kerana sukar untuk pihak berkuasa mengesan kejadian pembuangan sisa toksik tersebut.

Namun apabila kejadian sama berulang tiga bulan kemudian ia adalah satu kecuaian serius kerajaan.

Pada Mac 2019, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin menyatakan sisa toksik di kawasan tersebut dilupuskan sepenuhnya.

Jika dilupuskan sepenuhnya mengapa kejadian seperti ini berulang? Malah menteri KPKT memgesahkan laporan bomba bahawa kejadian pencemaran toksik beberapa hari lalu berpunca daripada sumber yang sama.

Anehnya ketika nyawa anak-anak di Pasir Gudang terancam kerana kecuaian kerajaan melupuskan sisa toksik, Ahli Parlimen Johor Bharu dan Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir lebih berminat meloncat seperti monyet berbicara isu UMNO.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker