NAIB PENGERUSI DAP PERAK, DR AZIZ BARI SIJAHIL YANG TIDAK TAHU SEJARAH!

Hebat juga Naib Pengerusi DAP Perak merangkap Ahli EXCO Kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari, membantai PAS sekali gus membela boss beliau dalam DAP, Nga Kor Ming, dalam isu desakan supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan.

Kata Dr Abdul Aziz Bari, desakan Salamiah Mohd Nor menunjukkan PAS ekstrim, rasis, jahil dan tidak tahu sejarah kerana kononnya cadangan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan penubuhan sekolah-sekolah tersebut.

Pelik juga kenyataan Dr Abdul Aziz Bari kerana, kalau mengikut logik akal, pihak yang memperjuangkan pengekalan sekolah-sekolah Cina dan Tamil inilah yang sepatutnya digelar sebagai ekstrim dan rasis kerana memikirkan kepentingan kaum semata-mata.

Dari sudut lain pula, bagaimanakah Dr Abdul Aziz Bari yang dilahirkan pada 22 Ogos 1959 boleh mendakwa PAS jahil dan tidak tahu sejarah sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilahirkan pada 10 Julai 1925 pun berpandangan sama dengan PAS?



Dalam tulisan beliau pada 17 November 2014, Tun Dr Mahathir menceritakan bila Aziz Ishak mahu menukarkan semua sekolah kepada sekolah kebangsaan, kaum Cina membuat bising menyebabkan Kabinet membenarkan sekolah-sekolah Cina dan Tamil.

Dalam bahasa yang jelas, Tun Dr Mahathir menyebut bahawa keputusan itu adalah keputusan politik dan tiada apa-apa di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkannya (“The decision was political. Nothing in the Constitution provided for this.)”

Dalam konteks ini, Dr Abdul Aziz Bari yang berusia 60 tahun atau Tun Dr Mahathir yang berusia 94 tahunkah yang jahil dan tidak tahu sejarah?

Lupa pula, Dr Abdul Aziz Barilah yang menggesa Tun Dr Mahathir ditahan dan didakwa di bawah Akta Hasutan pada 15 Mac 2011 kerana mempersoalkan status sekolah-sekolah ini.



Sama juga, Dr Abdul Aziz Bari atau tokoh sejarah ternama mendiang Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kimkah yang jahil dan tidak tahu sejarah?

Kalau Tan Sri Khoo Kay Kim jahil dan tidak tahu sejarah, mengapakah mendiang boleh turut mendesak supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan pada 22 Oktober 2009?

Dr. Kamarul Yusoff

Nota: Tajuk telah disesuaikan sedikit oleh admin daripada tajuk asal.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker