TRANSKRIP PENUH: WAWANCARA TUN DR MAHATHIR YANG DISENSASIKAN

Tajuk berita TV3 berbunyi “PM mahu selesai hutang negara sebelum undur diri” dan tajuk laporan BERNAMA berbunyi “Dr Mahathir mahu selesaikan isu hutang negara sebelum lepaskan jawatan” mengundang perbualan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan selama-lamanya menjadi bakal Perdana Menteri kerana persepsi ramai adalah penyelesaian hutang negara yang jumlahnya begitu besar sekali akan memakan masa yang terlalu lama. Tidak hairanlah bila banyak pihak yang mula mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad atas isu ini.

Begitupun, agama mengajar kita untuk menyelidik kebenaran sesuatu berita terlebih dahulu seperti yang terkandung dalam Firman Allah dalam Ayat 6 Surah al-Hujurat yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Sebab itulah adalah menjadi kelaziman saya untuk merujuk sendiri kepada sumber asal berita dengan menonton, mendengar atau membaca rakaman ucapan atau kenyataan pihak yang dilaporkan sebelum memanjangkan atau mengulas sesuatu berita yang dilaporkan. Dalam konteks kenyataan Tun Dr Mahathir ini, yang perlu dirujuk adalah wawancara penuh beliau bersama wartawan Bloomberg, Haslinda Amin, dalam sesi ‘Masa Depan Malaysia dan ASEAN’ bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN di Bangkok semalam.

Terdapat tiga bahagian menarik dalam wawancara penuh Tun Dr Mahathir bersama Haslinda ini.

Bahagian pertama adalah bila Haslinda mengasak Tun Dr Mahathir mengenai tempoh peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar dengan:

(1) Menanyakan kesediaan Datuk Seri Anwar untuk menjawat jawatan Perdana Menteri dan kepercayaan Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar, yang ditepis oleh Tun Dr Mahathir dengan menyatakan bahawa kedua-dua perkara ini tidak berbangkit kerana apa yang berbangkit adalah beliau telah berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar dan beliau akan menunaikan janji ini.

(2) Menanyakan ketidaksediaan Tun Dr Mahathir memberikan tarikh spesifik peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar, yang dijawab oleh Tun Dr Mahathir dengan menyatakan bahawa mungkin ada perkara tertentu yang perlu beliau buat jika berlaku perkara seperti krisis kewangan 1997 yang akan memaksa beliau kekal walaupun beliau sendiri mahu menyerahkan kuasa dalam tempoh sekitar dua tahun.

Bahagian kedua adalah bila Haslinda mengasak Tun Dr Mahathir dengan soalan yang lebih bersifat peribadi mengenai gaya kepimpinan beliau dengan:

(1) Menanyakan perbezaan gaya kepimpinan beliau antara dahulu dan sekarang, yang dijawab oleh Tun Dr Mahathir dengan menyatakan bahawa beliau masih seperti dahulu di mana beliau mahu berkhidmat untuk negara dan tidak mahu meninggalkan negara dalam keadaan kucar-kacir yang memerlukan beliau bekerja keras untuk menyelesaikan kebanyakan masalah yang diwarisi dari kerajaan terdahulu.

(2) Menanyakan apakah satu perkara yang wajib beliau selesaikan sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, yang dijawab oleh Tun Dr Mahathir dengan menyatakan bahawa ia adalah mengurangkan hutang negara yang terlalu besar, di mana ini boleh diselesaikan melalui dua cara, iaitu dengan menaikkan Keluaran Negara Kasar (GDP) atau mungkin dengan menjual aset negara.

Bahagian ketiga adalah bila Haslinda menanyakan apakah beliau memikirkan adalah penting untuk menghapuskan dasar-dasar berasaskan kaum untuk kebaikan generasi muda, yang dijawab oleh Tun Dr Mahathir dengan menyatakan bahawa dasar-dasar berasaskan kaum hanya boleh dihapuskan bila golongan yang asalnya adalah golongan pendatang tidak lagi merujuk kepada negara asal mereka dan pencapaian antara kaum juga sudah sama.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah:

(1) Kefahaman bahawa Tun Dr Mahathir hanya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar setelah beliau berjaya menyelesaikan hutang negara adalah tidak benar kerana apa yang disebut oleh beliau hanyalah hasrat beliau untuk mengurangkan hutang negara yang terlalu besar sahaja sebelum bersara.

(2) Komitmen Tun Dr Mahathir untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar tidak perlu dipersoalkan lagi kerana buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir menyebut bahawa beliau akan menunaikan janji, cuma tarikh spesifiknya adalah bergantung kepada penilaian beliau mengenai keadaan semasa negara.

(3) Sebarang cubaan untuk menghapuskan dasar-dasar berasaskan kaum (race-based policies) dan menggantikannya dengan dasar-dasar berasaskan keperluan (needs-based policies) hendaklah dihentikan kerana buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir menyebut bahawa beliau akan meneruskan dasar-dasar berasaskan kaum ini.

PETIKAN TRANSKRIPSI WAWANCARA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DENGAN HASLINDA AMIN PADA 21 JUN 2019

PART 1:

Haslinda: During our last interview you said that when it comes to succession you are looking at a two year timeframe to pass on the leadership to Anwar Ibrahim, is he ready?

Tun Dr Mahathir: It’s not a question of whether he is ready or not, I made a promise, I will keep my promise.

Haslinda: So it will happen within two years?

Tun Dr Mahathir: The time is not very specific.

Haslinda: Why are you reluctant to put a timeframe to it?

Tun Dr Mahathir: Because there may be something I need to do before I step down.

Haslinda: What is this something that you need to do at this point in time when you look at your leadership, when you look at the position you have as Prime Minister, what still needs to be done before you pass on power?

Tun Dr Mahathir: You know, in 1997 there was this financial crisis. At that time I was on holiday in UK and Anwar was carrying on as acting Prime Minister but because of the crisis I need to return and take over and handle the problem. So if something like that happens I need to stay on, if something (happens). But preferably I will step down after two years or so.

Haslinda: Or so?

Tun Dr Mahathir: Yes.

Haslinda: Do you trust Anwar Ibrahim?

Tun Dr Mahathir: It is not a question of trust. It is a question of promise. I made a promise knowing him, my affiliation with him was not always that good, but the fact is that I made this promise and I will stick to my promise.

PART 2:

Haslinda: Are you a different leader this time around compared to before?

Tun Dr Mahathir: Am I what?

Haslinda: Are you a different Prime Minister this time around compared to before? Has your leadership style changed?

Tun Dr Mahathir: I don’t know. I am still myself.

Haslinda: What is that, Prime Minister?

Tun Dr Mahathir: Well, I want to work for the country. I don’t have much of a future, so the last thing I want to do is to go away leaving this country in shambles like the previous one. So I am working hard for the country to the best of my ability and hopefully we will be able to make corrections and solve most of the problems we have inherited.

Haslinda: What is the biggest fix for you, what is the one thing you must fix before you step down?

Tun Dr Mahathir: The debt. The debt is too big for the country, we need to reduce, the reduction, if you compare to the GDP, as the GDP grows the percentage of debt decreases, that is one solution, the other solution is perhaps to sell assets. If you want to buy anything we are willing to sell to you USD40 billions, and somehow or rather it will manage to reduce the debt, because it is something that is dragging us down.

PART 3:

Haslinda: Do you think it is important to eradicate race-based policies for the betterment of younger population?

Tun Dr Mahathir: Which based?

Haslinda: Race-based, bumiputera policies.

Tun Dr Mahathir: Race-based. The fact is that the race is there. People are calling themselves according to their race. So if you forget the race then you don’t have to bother about the race. There are some countries where people migrate, they get absorbed, they use the local culture, the local language, and they are no different from the original inhabitants, at that stage we can forget about race. But when we still refer to our country of origin and that then the people will still be conscious about race and differences in race. And when performance of the race is not the same, there are distinct differences between achievements, then the people will feel that they need to protect their own race.

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker