Tommy Thomas Mohon Lewatkan Perbicaraan 1MDB Najib Bulan Oktober

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tommy Thomas hari ini memohon untuk menangguhkan kes Najib Razak yang 1MDB melibatkan pertuduhan pengubahan wang dan salah guna kuasa ke bulan Oktober depan dari jadual asalnya yang dijangka bermula 19 Ogos ini.

Mahkamah Tinggi telah diberitahu bahawa ini adalah kerana perbicaraan kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri itu sedang berjalan dan ianya tidak mungkin pasukan pendakwaan dalam kes SRC International dapat menyudahkan kes tersebut menjelang 15 Ogos bagi membolehkan pasukan pendakwaan kes 1MDB mengambil alih pada 19 Ogos.

“Saya mahu memberitahu mahkamah bahawa kita telah memanggil 40 orang untuk memberi keterangan setakat ini dan akan memanggil 25 lagi.
“Perbicaraan berjalan lebih perlahan daripada jangkaan kita,” katanya, dengan menambah bahawa perbicaraan kes 1MDB patut ditangguhkan ke 1 Oktober.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah meminta Thomas hadir semula pada 15 Julai bagi memberi kemas kini mengenai kemajuan kes SRC International.

“Anda boleh hadir semula pada 15 Julai. Jadi anda akan berada pada kedudukan lebih baik untuk bercakap tentang kemajuan (kes),” katanya.
Mahkamah Tinggi berasingan kini mendengar kes SRC International melibatkan Najib atas pertuduhan menyalahgunakan kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah jenayah.

Perbicaraan bersambung kembali 1 Julai dengan Suboh Md Yassin sebagai bekas pengarah syarikat tersebut untuk memberi keterangan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker