PENDIRIAN PAS: PEMIMPIN BERIMAN TIDAK BERINTEGRITI LEBIH BAIK DARIPADA PEMIMPIN BERINTEGRITI TIDAK BERIMAN

“Terpenting kita wajib membina syakhsiah dengan petunjuk Islam, menunjukkan model integriti yang tinggi, walaupun setiap manusia ada sifat kelemahan makhluk, melakukan kesalahan dan dosa, tetapi syarat Islam yang memimpin diwajibkan itu hendaklah dipertahankan, kerana Islam menjadi syarat wajib semua amalan itu diterima Allah.”

“Integriti tanpa Islam tidak diterima Allah dan seorang beriman yang tidak berintegriti tetap lebih baik daripada yang hanya berintegriti tetapi tidak beriman, kerana bertaubat yang beriman itu sahaja yang diterima Allah: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar”. (Surah Al-Nisa’: 48)”

“Allah juga menolak segala amal salih oleh orang yang melakukan syirik dengan firman-Nya: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-Nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi”. (Surah Al-Zumar: 65)”

“Maka utamakan iman sebelum budiman, kerana integriti tanpa iman adalah sia-sia di sisi Allah pada Hari Kiamat nanti. Maka pilih Islam dahulu sebelum integriti yang tetap diwajibkan.”

(Sumber: Ucapan Dasar Presiden PAS, Muktamar Tahunan PAS Ke-65)

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker