MUKTAMAR PAS: PIAGAM MUAFAKAT POLITIK DAN PIAGAM JAMINAN PERLINDUNGAN BUKAN ISLAM

Share

PIAGAM MUAFAKAT POLITIK

Berpandukan ijtihad politik semasa dalam hal ini, PAS konsisten untuk memilih pendekatan damai dalam berpolitik (muwajahah silmiyyah) dan terbuka untuk berdialog dan menjalin hubungan politik dengan semua pihak di atas prinsip kerjasama berikut (“Piagam Muafakat Politik”):
i) Kerjasama yang menguntungkan Islam, negara dan bangsa;
ii) Kerjasama yang mendahulukan perpaduan di kalangan umat Islam;
iii) Kerjasama yang mempertahankan perpaduan dalam masyarakat majmuk;
iv) Kerjasama yang menunjukkan nilai akhlak dan integriti yang tinggi;
v) Kerjasama yang saling menghormati, saling membantu dan tidak memusuh.

PIAGAM JAMINAN PERLINDUNGAN BUKAN ISLAM


Percayalah bahawa hanya Islam yang sempurna, adil dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan selamat. Inilah ‘Piagam Jaminan Perlindungan Bukan Islam’ yang akan terus dipegang oleh PAS:
i) Allah memerintahkan dalam hubungan bermasyarakat majmuk supaya melakukan kebijaksanaan dengan mendahulukan perdamaian dan persaudaraan, tanpa paksaan dalam perkara agama;
ii) Islam mewajibkan pemerintah untuk bersikap adil kepada semua;
iii) Islam mengizinkan penganut agama lain melaksanakan apa yang diizinkan oleh agama mereka, walaupun diharamkan oleh Islam dengan sempadan menjaga sensitiviti umat Islam; dan
iv) Umat Islam disuruh menjaga sensitiviti penganut bukan Islam, sehingga termasuk dalam perkara akidah ketuhanan.

(Sumber: Ucapan Dasar Presiden PAS, Muktamar Tahunan PAS Ke-65)

Dr. Kamarul Yusoff


Leave a Reply