DAP AJAK PKR BUAT REFORMASI KEDUA MELAWAN TUN DR MAHATHIR? DAP RAGUI KOMITMEN TUN DR MAHATHIR KE ATAS PERALIHAN KUASA? DAP KAITKAN GENG TUN DR MAHATHIR DALAM ISU VIDEO SEKS AZMIN?

Inilah tiga pertanyaan utama yang terlintas dalam fikiran bila membaca tulisan Dr P Ramasamy, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang dan ADUN Perai bertajuk “PKR Leaders Need To Dismount From The Tiger” di pautan https://www.malaysiakini.com/news/480371 yang petikan utamanya adalah seperti berikut:

(1) “Apakah pengeluaran video ini dimatlamat untuk memastikan bahawa tiada pemimpin PKR boleh mengambil alih jawatan perdana menteri dari penyandang sekarang Dr Mahathir Mohamad?” (“Is the release of this video timed to ensure that no PKR leaders can ever take over the prime minister’s post from the current incumbent Dr Mahathir Mohamad?”)

(2) “Episod video seks mungkin bukan hanya satu perkara sesama parti seperti dipercayai ramai, tetapi satu rangkaian lebih jahat yang cuba secara rahsia menamatkan babak politik dominasi PKR dalam Pakatan Harapan.” (“The sex video episode might not be just an intra-party matter as widely believed, but a more sinister network that clandestinely seeks to end the political chapter of PKR’s dominance in Pakatan Harapan.”)

(3) “Apa cara lain untuk memastikan bahawa kuasa politik kekal dalam tangan tenaga Melayu konservatif berbanding dengan pemimpin Melayu dalam PKR, tanpa mengira sama ada ia adalah Anwar atau Azmin.” (“What better way to ensure that political power remains in the hands of conservative Malay forces rather than with Malay leaders in PKR, regardless of whether it is Anwar or Azmin.”)

(4) “Menyusuli pilihan raya umum lalu, pelbagai langkah oleh Mahathir memberi kepercayaan kepada fakta bahawa di sebalik perjanjian peralihan kuasa, terdapat perkembangan sebenar yang boleh menjejaskan persetujuan ini.” (“Following the last general election, various moves by Mahathir lend credence to the fact that despite the succession agreement, there are real developments that could undermine this accord.”)

(5) “Beberapa tindakan oleh Mahathir dalam beberapa bulan lepas, termasuk pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua SPRM, adalah tanda jelas mengenai halangan yang merintangi Anwar menjadi perdana menteri.” (“Several actions by Mahathir over the last few months, including the appointment of Latheefa Koya as MACC chief, are tell-tale signs the of the obstacles facing Anwar becoming prime minister.”)

(6) “Pengeluaran video seks adalah satu manifestasi kepada cubaan berterusan untuk bukan sahaja menggambarkan Azmin sebagai teruk, tetapi untuk melukis satu gambar lebih besar bahawa pemimpin PKR adalah tidak berkemampuan untuk mentadbir negara.” (“The release of the sex video is a manifestation of the ongoing attempts to not just demonise Azmin, but to paint a larger picture that PKR leaders are incapable of administering the country.”)

(7) “Perjanjian peralihan kuasa bukan sesuatu yang pasti. Mengetahui Mahathir dan cara bertentangan beliau, tiada yang boleh diambil mudah. Anwar tidak akan pasti bahawa beliau akan menjadi perdana menteri sehingga beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong.” (“The succession agreement is not cast in stone. Knowing Mahathir and his contradictory ways, nothing should be taken for granted. Anwar will never be sure that he will be the prime minister until he takes the oath in front of the Yang Di-Pertuan Agong.”)

(8) “Saya percaya video seks adalah satu penerusan kepada espisod lebih awal bagi memastikan bahawa pemimpin PKR akan diketepikan dari menerajui negara kita.” (“I believe the sex video is a continuation of earlier episodes to ensure that PKR leaders are sidelined from leading our country.”)

(9) “Malangnya, penerima faedah daripada pilihan raya umum lalu bukan dalam PKR, tetapi dalam parti lain yang menyambar agenda perubahan pada saat akhir untuk menyingkirkan seorang individu. Memalukan.” (“Unfortunately, the beneficiaries of the last general election are not in PKR, but in other parties that latched on to the agenda of change at the last minute to remove one person. What a shame.”)

(10) “Belum terlalu lambat. Ahli PKR mesti lupakan mengenai video dan bergabung tenaga dengan parti bersaudara untuk mengatur semula jalan politik negara ini. Kamu boleh panggil ia reformasi kedua! (“It is not too late. PKR members must forget about the video and join forces with fraternal parties to reset the political path of this nation. You can call it the second reformasi!”)

Nota: Tajuk tulisan Dr P Ramasamy, “PKR Leaders Need To Dismount From The Tiger”, boleh sahaja diterjemahkan sebagai “Pemimpin PKR Perlu Turun Dari Harimau” dengan konotasi bahawa pemimpin PKR sekarang ini sedang menunggang seekor harimau.

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker