Ta’awun strategi ampuh Melayu – Ketua Dewan Ulama Pas

Share

Pas menyifatkan ta’awun antara parti itu dengan UMNO merupakan strategi ampuh bagi memastikan keberadaan masyarakat Melayu sebagai kaum teras yang menjadi penentu kestabilan politik tanah air.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz

Mohamad berkata, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan perubahan landskap politik apabila UMNO ditumbangkan dan menjadi pembangkang.


Justeru, kata beliau, gabungan undi kedua-dua parti itu mampu mewujudkan kekuatan kesatuan suara daripada kaum teras Melayu dan Islam di samping meneroka lapangan yang membabitkan suara bukan Islam.

“Strategi ini selaras hasrat Pas dan UMNO demi mempertahankan Islam, kestabilan politik di samping pelbagai kepincangan dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Pendekatan yang diambil ini untuk menguatkan suara semak dan imbang, dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) ta’awun dalam kerjasama menguatkan suara pembangkang dilihat pada penamaan calon yang tidak bertembung antara satu sama lain” katanya dalam ucaptama sempena Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-58 di Wisma Belia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Leave a Reply