MP Bersatu sedih lihat kawan-kawan ‘lemah’

MP Bersatu sedih lihat kawan-kawan ‘lemah’

Seorang pemimpin Bersatu secara terbuka menyatakan sedih melihat rakan seangkatan yang “lemah”, di sebalik peralihan sokongan beberapa wakil rakyat parti itu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob menganggap perkembangan semasa sebagai suatu titik tolak, yang mengasingkan antara mereka yang istiqamah dan yang mementingkan diri.



“Bukan kita seorang sahaja yang susah, fikirkan kawan-kawan lain dalam jemaah yang kekal setia dan istiqamah. Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita?”

“Sedih melihat kawan-kawan yang lemah,” katanya di Facebook.

Hari ini Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik menjadi wakil rakyat Bersatu keempat yang mengisytiharkan sokongan kepada perdana menteri.

Pengumuman Zahari menyusuli tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim.



Zahari berkata beliau mahu memastikan rakyat Jeli tidak menjadi mangsa keadaan dan tidak ketinggalan menerima semua bentuk pembangunan dan bantuan daripada kerajaan pusat.

Sebelum itu, Suhaili memaklumkan sudah menerima peruntukan bagi kawasannya. FMT

MP Bersatu sedih lihat kawan-kawan ‘lemah’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker