‘Video seks kelihatan tidak diubah’ – Laporan berita Australia petik pakar.

Share

Pertubuhan media Australia, SBS News, telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Laporan itu menyatakan bahawa walaupun tidak dapat mengesahkan jika orang dalam video tersebut ialah Azmin, namun para pakar bersetuju bahawa kelihatan tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat.

“Sekiranya ini (hasil kepintaran buatan AI) Deepfake, ia sangat baik,” kata salah seorang daripada mereka, Kevin Nguyen.


Menurut SBS, Nguyen ialah pakar forensik digital yang sebelum ini berunding dan menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times serta kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Berikutan analisisnya terhadap ketiga-tiga klip itu, Nguyen berkata: “Pada tahap imej, secara forensik ia telah diperiksa.

“Saya menjalankan beberapa analisis forensik… terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej,” jelasnya.


Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.

“Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung” katanya.

Mkini


Leave a Reply