Kenapa Mahathir boleh terima keterangan saksi pada tahun 1998 tetapi tidak sekarang?

oleh Ab Jalil Backer

Saya telah menonton dua sidang akhbar Tun Mahathir berkenaan isu video skandal luar tabie pemimpin negara yang saya fikir soalannya kurang menarik.

Selepas pulang nanti harap ada pemberita berani bertanya soalan ini:

1. Adakah Tun masih berpegang kepada prinsip mereka yang mengamalkan seks sejenis tidak layak menjadi pemimpin negara seperti mana 20 tahun lalu ketika memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim?

[Tun mungkin akan menjawab biar rakyat tentukan.

Soalan lanjut ialah, “Apakah Tun akan membubarkan Parlimen sebelum menyerah jawatan kepada pihak lain? Ini kerana rakyat hanya berpeluang menentukan bakal PM melalui pilihan raya umum.]

2. Tun berkata video tersebut palsu, namun adakah Tun akan memecat Datuk Seri Azmin Ali sekiranya pihak polis mengesahkan video tersebut tulen?

3. Pada 1998 Tun berjumpa dengan mangsa dan orang yang membuat tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengapa pada 2019 Tun tidak mengambil tindakan yang sama?

4. Pada 1998 Tun menerima keterangan saksi sahaja. Namun mengapa pada 2019, Tun pantas menafikan ketulenan video tersebut sebelum siasatan polis selesai?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker