Haziq tampil buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Ketua Angkat Muda keadilan (AMK) Santubong, Muhammad Haziq Abdul Aziz mendakwa segala kenyataannya tentang video intim antara Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan dirinya adalah benar dengan membuat laporan polis.

Dalam kenyataan ringkas di dalam laman Facebook miliknya hari ini, Muhammad Haziq turut memuat naik gambar salinan laporan polis di Balai Polis Kelana Jaya.

“Awak boleh panggil saya apa pun tetapi saya tidak pernah dilahirkan sebagai seorang penipu,” tulisnya ringkas.

Berdasarkan salinan laporan polis yang dimuat naik itu, Muhammad Haziq mendakwa ia dilakukan bagi menyanggah segala tohmahan terhadap dirinya yang dilakukan warganet; Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham dan beberapa pihak lain.

Selain itu, Muhammad Haziq turut mendakwa yang Mohamed Azmin telah mengarahkan Hilam untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya pada hari kejadian.

Dakwanya, Hilam secara paksa mengarahkannya berbohong untuk menafikan perihal video yang sedang tular tersebut

Muhammad Haziq juga mendakwa dia diugut selepas menolak untuk menuruti permintaan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker