‘Saya tak percaya Azmin terlibat’ : Mahathir

 

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terlibat dalam perbuatan seks sejenis yang videonya tersebar sejak kelmarin.

Menyifatkan video seumpama itu boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja yang memiliki kepakaran, Dr. Mahathir memberitahu, adalah tidak mustahil suatu hari video atau gambar tidak senonoh beliau juga mungkin diterbitkan.

Beliau pada masa yang sama berkata, tiada sebarang keputusan mengenai kedudukan Mohamed Azmin dalam Kabinet dibuat kerana beranggapan apa yang berlaku hanyalah taktik kotor politik.

“Tiada keputusan, keputusan apa? Ini agenda politik dan saya tidak fikir ia berlaku (aksi seks sejenis) kerana zaman sekarang, sesiapa yang ada kemahiran boleh hasilkan gambar lucah kita, mungkin suatu hari gambar saya juga.

“Dan budak lelaki ini, apa nama? Yang mengaku, ini sengaja. Kalau tidak takkan dia mengaku, biasanya orang yang buat itu pun malu juga. Tak malu ke mengaku saya yang buat. Saya buat dengan menteri, apa tujuan,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Terdahulu Dr. Mahathir merasmikan Majlis Makan Malam Sejuta Kenangan Bersatu yang diadakan bertujuan mengumpul dana untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ditanya apakah beliau percaya bahawa penyebaran video seks sejenis itu, yang menyasarkan Mohamed Azmin berpunca dari pertembungan politik dalam PKR, Dr. Mahathir berkata, dia tidak tahu.

“Saya tidak tahu dengan siapa (musuh politik Mohamed Azmin) tapi yang saya tahu perkara macam ini tidak patut ada dalam Malaysia, kotor sangatlah,” katanya.

Kepada soalan apakah Mohamed Azmin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bercakap dengannya dalam isu video seks tersebut, Perdana Menteri berkata, Timbalan Presiden PKR itu bertemunya hari ini, manakala Anwar bercakap dengannya semalam.

“Takkanlah bodoh sampai macam itu, saya tidak fikir (Mohamed Azmin), ini semua agenda politik, kalau tidak boleh lawan orang, janganlah buat macam itu.

“Berpolitik secara bersihlah, kalau

nak buat gambar macam itu, tiap hari boleh tunjuk gambar lucah,” jelasnya.

Utusan

Related Articles

One Comment

  1. semoga ‘tak percaya’ tu sementara je macam atok 94 tahun jadi PM ke4 dulu mula2 dia kata tak percaya anwar tak bermoral sebab suka liwat orang

    hehehehe

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker