Terima Kasih Tun Mahathir

Share

oleh Ab Jalil Backer

Tindakan Tun Mahathir melantik Latheefa Koya secara unilateral adalah sangat tepat. Perdana Menteri harus mempunyai kuasa membuat keputusan kerana akhirnya beliau yang bertanggungjawab atas pelantikan tersebut.

Cadangan dibawa masuk ke jawatankuasa pilihan khas Parlimen dan sebagainya hanya akan menambah birokrasi. Akhirnya Ahli Parlimen terbabit juga akan menggunakan kuasa mereka untuk “deal” dengan kehendak Perdana Menteri.


Mahathir ketika dewasa adalah seorang yang sukar bertolak ansur;. apatah lagi Mahathir ketika tua.

Biarlah Nik Nazmi sahaja yang beria-ria dengan petisyen menyingkirkan Latheefa.

Kita akan hakimi Latheefa setelah melihat sejauh mana kemampuan beliau bertindak ke atas anggota pentadbiran hari ini. Bertindak ke atas orang telah hilang kuasa satu perkara mudah.


Terima kasih Mahathir kerana mengesahkan kepada rakyat bahawa sebahagian besar manifesto PH ciptaan Rafizi Ramli dan Wan Saiful adalah manifesto syok sendiri yang tidak praktikal kepada negara.

Leave a Reply