Latheefa Koya: Meneruskan ‘pendakwaan selektif dan politik’

KENAPA Shukri berhenti awal? Kerajaan PH adalah kerajaan bulldozers. Dia bulldozed semua. Yang pelik jadi tidak pelik.

Kalau Latheefa Koya yang melaungkan intergriti gagal membuktikan intergiriti kerana menerima perlantikan, maka apa jaminan SPRM akan berintergriti?

Walaupun sudah meletak jawatan dalam PKR, itu hanya lakonan sahaja. Fikrah politik kepartian sudah terpasak kepada kuat dalam dirinya. Bahkan dia juga menonjol dalam politik “kem” yang berantakan dalam PKR.

Hari itu lantik Ketua Polis Negara dari kalangan pegawai kontrak yang sudah pun berhenti awal. Hari ini lantik pula boss SPRM dari kalangan orang politik. Memang patut pegawai pegawai yang menunggu giliran dan bekerja keras dari bawah merasa marah dan demotivated .

Apatah lagi ia adalah dua agensi penguatkuasaan yang melibatkan intergriti. Senang senang je orang luar yang tidak pernah memahami dan meyumbang dalam perkhidmatan awam apatah lagi SPRM nak jadi “Bossku”.

Tapi nak tahu juga kenapa Datuk Seri Shukri Abdul mahu berhenti awal?

Shukri kata: “Mission completed?”

Apakah cukup setakat Najib ditahan semalam, diheret ke mahakamah dan dibicarakan?

Mana pendakwaan atas kesalahan Najib mencuri berbilion ringgit duit 1MDB? Kes SRC adalah kes money laundering. Perbicaraan yang sedang berjalan sekarang hanya mampu mendedahkan naratif politik Kerajaan PH semata mata.

Apakah ada kaitan dengan kenyataan akhbar Peguam Negara bertarikh 30 Mei 2019 yang mengaku bahawa wang 1MDB yang dikatakan hilang dan dicuri oleh Najib sebenarnya berlaku selepas dihantar dan dijamin oleh IPIC iaitu syarikat milik 100% Kerajaan Abu Dhabi.

Maka ia menjadi tanggungjawab IPIC. Sebenarnya wang itu boleh dituntut semula. Sebab itu ia dibawa kepada Arbitration London. Samalah juga kita simpan duit dalam Tabung Haji. Tiba tiba Pegawai Tabung Hji selewengkan duit tersebut.

Mana boleh tuduh pendeposit sebagai pencuri. Sudah tentu TH kena bertanggungjawab dan bayar balik kepada si pendeposit atau pelabur.

Dan sekarang berdasarkan kenyataan media Peguam Negara dan seperti yang dilaporkan oleh portal FMT, Tommy Thomas akan merayu keputusan Mahkamah Dagang London dan cuba mendapatkan balik RM14.6 Bilion yang dibayar oleh anak syarikat 1MDB kepada IPIC.

Maka apakah bila Shukri mengundur diri maka perlantikan Latheefa sebenarnya ialah meneruskan misi siasatan dan pendakwaan “selektif dan politik ” Kerajaan PH? Sebab itu lantik orang politik.

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker