Apakah semua orang Islam sudah bodoh dan kudung tangan sehingga terpaksa menggunakan bukan Islam untuk melaksanakan perintah Allah?

oleh Ab Jalil Backer

Semua Orang Islam Sudah Kudung?

Imam syafie menegaskan pemberian zakat hanyalah kepada orang Islam. Manakala imam-imam mazhab lain ada yang berpandangan sebahagian kecil zakat boleh diberikan kepada bukan Islam yang mahu belajar mengenai Islam.

Namun sepanjang sejarah perbahasan ilmu Islam, tidak pernah saya berjumpa ulama muktabar dan kotemporari membincang dan memutuskan hukum mengenai agihan zakat yang dilakukan oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Tidak ada perbincangan bukan kerana pada zaman dahulu tiada pembesar bukan Islam.

Ini kerana sejak diwajibkan zakat sehingga sekarang, semua orang, kecuali pemimpin DAP dan Mufti Pulau Pinang, memahami urusan zakat adalah urusan orang Islam.

Memang tiada dalil jelas larangan perilaku ini. Namun pengagihan zakat merupakan satu kerja ibadah khusus yang disebut berpuluh kali dalam al-Quran. Ia bukan kebaikan universal.

Justeru kita curiga mengapa Mufti Pulau Pinang terpaksa tampil memfatwakan harus untuk bukan Islam menyampaikan bantuan zakat bagi pihak Baitulmal.

Apakah semua orang Islam sudah bodoh dan kudung tangan sehingga terpaksa menggunakan bukan Islam untuk melaksanakan perintah Allah?

Sudah tentu tulisan seperti ini dianggap perkauman, anti bukan Islam dan jumud. Ini tidak benar sama sekali. Mengagihkan zakat adalah arahan al-Quran bukannya soal hubungan antara kaum dan agama.

Orang bukan Islam harus faham bahawa ini bukan tulisan yang membenci bukan Islam, kepuakan atau assobiyah membuta tuli.

Saya percaya sebahagian besar orang bukan Islam yang waras dan rasional juga akan mendapati lucu dan janggal melihat orang Islam menggunakan orang bukan Islam untuk melaksanakan perintah agama Islam.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker