Melacurkan Bulan Ramadhan

Share

oleh Ab Jalil Backer

Bulan Ramadhan ini bulan yang mulia kepada orang Islam. Kita disuruh menambah ibadah, bersedekah dan berpuasa.

Hari ini saya rasa sangat malu melihat orang Islam menerima sumbangan, bantuan dan makanan dari orang bukan Islam.


Bukan kita tidak boleh menerima hadiah dan sumbangan dari bukan Islam cuma apabila dibesar-besarkan pada bulan Ramadhan ia seolah-olah lekeh sangat ekonomi orang Islam ini.

Di mana maruah dan harga diri kita di bulan Ramadhan yang mulia ini? Orang melihat di sebuah negara Islam yang moden namun orang Islam menerima bantuan dari bukan Islam.

Berbuka puasa juga adalah ibadah dalam Islam. Tidak salah jika menjemput orang bukan Islam hadir majlis berbuka kita.


Namun sangat memalukan orang Islam kini berbuka puasa di gereja dan kuil seolah-olah orang Islam di negara ini hidup melarat, merempat dan tidak bertempat.

Kini sami dan paderi juga dijemput ke ruang solat untuk majlis agama. Sungguhpun bukan Islam dibenarkan masuk ke masjid ia adalah untuk tujuan pemahaman mengenai Islam dan mendapatkan ilmu mengenai Islam.

Jika ia sekadar majlis keraian dan persefahaman buat sahajalah di perkarangan masjid. Tampak ada usaha jangka panjang untuk menyamaratakan semua agama.


Ada banyak cara dan keadah untuk mengukuhkan persahabatan antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

Melacurkan bulan ramadhan dan institusi masjid tidak harus menjadi salah satu darinya.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!