Inkues kematian Adib – Adakah semua sudah dirancang?

oleh Ab Jalil Backer

Dari awal saya tidak berminat mengikuti dengan teliti inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Saya telah tahu apa keputusannya. Sesiapa yang kenal perangai sebenar Peguam Negara ini di belakang tabir sudah boleh menjangkakan hala tuju inkues ini.

Saya percaya ramai ahli politik dalam kerajaan hari ini mahu inkues mendapati Adib bukan mati disebabkan oleh pukulan perusuh kuil.

Ini kerana sebahagian besar penganut agama Hindu telah mengundi mereka dalam PRU lalu.

Sebab itu agak mengejutkan apabila Menteri KPKT telah melantik seorang peguam muda yang vokal bagi pihak Adib.

Hari ini nyata syak wasangka tersebut benar. Khidmat peguam tersebut ditamatkan kerana beliau telah memalukan pandangan Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi.

Syazlin: “Sebelum ini doktor cakap pengiraan Prof Dr Shahrom Abd Wahid (perunding kanan patologi forensik) salah, tetapi bila doktor tunjukkan pengiraan baru mengenai tarikan graviti saya lihat tidak betul, jadi saya tunjukkan yang doktor salah, bukan niat nak malukan cuma cakap doktor nak kelirukan mahkamah.”

Pakat forensik ini khabarnya hanya mempunyai pengalaman selama 5 tahun.

Peguam Adib, Syazlin Mansor telah membawa Dr Shahrom Abd Wahid seorang pakar patologi yang berpengalaman 29 tahun.

Dr Shahrom juga merupakan guru kepada Dr Ahmad Hafizam.

Saya percaya Syazlin dipaksa menarik diri kerana beliau bercadang untuk memanggil Dr Shahrom sekali lagi.

Ini dan akan memusnahkan segala teori kononnya Adib dilanggar oleh kenderaan bomba sendiri.

Tidak apa yang boleh kita buat kecuali mengadakan solat hajat beramai-ramai memohon Allah membalas serta-merta ke atas mereka yang cuba menutup isu ini.

Related Articles

One Comment

  1. try to talk and dig information from our secret sevice….
    then u will understand why this ‘wayang’ been played
    ‘rakyat’ should know the truth… and only the truth…
    stop spinning lah… lied… rakyat dah muak

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker