“Duit raya Felda? Ada ka?” – Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berhubung keputusan pemberian ‘duit raya’ kepada peneroka Felda.

Menurut Perdana Menteri, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

“Ada ka? (Tun tanya Guan Eng) Saya tak tahu. Pegawai kerajaan kita sudah bagi dah. Tetapi tak tahulah mereka ini pegawai atau tidak. Kena tanya Azmin,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kompleks Kementerian Kewangan, di sini pada Isnin.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sebelum ini Azmin berkata, kerajaan ini tidak mempunyai keputusan berhubung pemberian ‘duit raya’ kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara, susulan kewangan negara yang dibebani pelbagai hutang.

Sebaliknya, kata Azmin, tumpuan kerajaan kini ialah mahu memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker