Kit Siang tak jadi debat, takut tersungkur kalah – Najib

Share

Najib: Saya terima maklumat PH takut Kit Siang tersungkur kalah

Beberapa minit selepas Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan media mengumumkan pengundurannya daripada perbahasan dengan Najib Razak, bekas perdana menteri itu berkata beliau menerima maklumat bahawa Pakatan Harapan merancang untuk membatlakan acara tersebut.

Dalam satu hantaran di Facebook pada petang ini, Najib berkata terdapat kebimbangan di kalangan PH dan DAP bahawa Lim mungkin dikalahkan.

“Sudah tengok ada langkah-langkah yang sudah dimulakan untuk batal debat ini.

“Mereka meluahkan kebimbangan Kit Siang mungkin tersungkur kalah dalam debat ini,” katanya.

Lim melahirkan kebimbangannya bahawa perbahasan itu boleh digunakan untuk membangkitkan sentimen perkauman dan menafikan bahawa keputusannya itu kerana dirinya adalah pengecut.

Sementara itu, Najib mendakwa penyokong PH bimbang bahawa beliau akan menimbulkan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar untuk Lim tangkis dan banyak propaganda kerajaan akan dibuktikan sebagai pembohongan dan fitnah.

“PH sepatutnya menaruh sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Kit Siang kerana dia sudah jadi bos DAP lebih dari 50 tahun.

“PH juga perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun dipaksa untuk menonton debat ini dan debat ini tidak akan menggunakan sebarang wang rakyat.

“Dalam semangat demokrasi dan ketelusan, biarlah debat ini diteruskan dengan tajuk yang dicadang oleh DAP dan sudahpun dipersetujui oleh saya,” katanya.

Cadangan untuk berdebat pertama kali dicetuskan oleh Najib dalam satu temu bual media baru-baru ini susulan Lim yang sentiasa menyerangnya dalam kenyataan medianya mengenai skandal 1MDB.

Veteran DAP tersebut kemudiannya menerima cabaran itu dan mencadangkan tajuk “Bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global?”

Najib seterusnya bersetuju dengan tajuk itu tetapi berkata demi keadilan, topik lain juga mesti dimasukkan.

Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *