UMNO zahir ucapan takziah buat kerabat Diraja dan rakyat Pahang

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas Sultan Ahmad Shah yang mangkat hari ini.

Menerusi laman Facebook miliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang dan rakyat di negeri tersebut.

“Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Innalillahiwainnalillayhirojiun.

“Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, kerabat DiRaja Pahang dan seluruh rakyat negeri Pahang di atas kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah,” katanya.



Sultan Ahmad Shah, 89, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah.

Almarhum pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh pada tahun 1979 sehingga 1984. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker