Limkupnomic

oleh Ab Jalil Backer

1. Kerajaan membayar RM2 juta kepada Singapura bagi menangguhkan projek Rapid Transit System (RTS) Johor Bharu – Singapura selama 6 bulan, iaitu sehingga 30 September 2019.

Penangguhan ini bagi membolehkan kerajaan mencari pihak swasta membiayai projek bahagian Malaysia.

Menteri pengangkutan menyatakan pembabitan swasta akan membantu merendahkan harga tambang.

Ungka pun boleh biol melihat kenyataan swasta ambil alih akan menjadikan tambang lebih murah.

2. Kerajaan berjaya meningkatkan FDI (Pelaburan Langsung Asing) dengan cara mengubah definisi FDI termasuk pembelian saham syarikat kerajaan oleh entiti luar negara.

Justeru kerajaan telah menjual sebahagian saham IHH Healthcare kepada Mitsui for RM8.42 billion. Hari ini Mitusi merupakan pemegang saham terbesar IHH.

RM8.42 bilion ini kemudiannya diisytiharkan sebagai FDI. Kerajaan pun melompat-melompat mengisytiharkan FDI tertinggi diterima negara.

FDI tanpa pertambahan peluang pekerjaan dan perniagaan baharu.

Menang sorak kampung tergadai.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker