Tidak wajar gesa Zahid lepas jawatan – Tok Mat

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyifatkan gesaan agar Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai presiden parti kurang wajar.

Dipetik Sinar Harian, Mohamad yang kini menggalas tugas presiden berkata ahli-ahli parti Umno tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang akan mengeruhkan keadaan.

“Sekarang ini kita semua di bulan puasa. Tumpukan kepada banyak kerja-kerja amal di kawasan masing-masing. Umno dah tenang, cuba elakkan dari membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan suasana yang tenang ini.

“Kita (Umno) ikutlah status quo yang ada sekarang,..iaitu saya menjalankan tugas-tugas presiden sepanjang presiden, (Ahmad Zahid) bercuti.

“Bukankah sudah elok begini,” Mohamad dilaporkan sebagai berkata.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau itu turut berkata bagi memastikan kelancaran gerak kerja Umno, adalah lebih baik sekiranya ahli-ahli memberi sokongan bukannya membangkitkan desakan yang boleh mengeruhkan ketenangan parti.

Semalam, Ketua Umno Bahagian Tebrau, Maulizan Bujang mencadangkan agar Ahmad Zahid terus bercuti dan tidak mengambil semula tugas sebagai presiden kerana menurutnya parti itu kini lebih diyakini rakyat di bawah kepimpinan Mohamad.

Maulizan juga mendakwa wujud gerakan yang mahu membawa balik Ahmad Zahid daripada bercuti dan mengambil semula tugas sebagai presiden Umno.

Pada Disember lalu, Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri, mengumumkan akan bercuti daripada jawatan presiden parti dan menyerahkan tugasnya kepada Mohamad.

Ahmad Zahid membuat keputusan itu selepas beberapa wakil rakyat Umno meninggalkan parti.

Ahmad Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datuk kini menghadapi 47 pertuduhan merangkumi 12 dakwaan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Mkini

COVID-19 – Pakar: Jangan balik kampung, usah pergi bercuti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker