Bagaimana Menteri Kewayangan buat wayang tentang kos LRT dan MRT – Najib

Biar saya tunjukkan lagi bagaimana Menteri Kewayangan kita buat wayang.

Dia kata kos LRT3 sebenarnya RM31.7 bilion – bukan RM9 bilion yang diumumkan BN.

Guan Eng pula kata kos sebenar MRT2 adalah RM39.4 bilion – bukan RM32 bilion diumum BN dahulu.

Baik. Saya nak tanya.

Jajaran projek LRT3 dari Bandar Utama ke Klang yang dilancarkan oleh BN adalah 37km panjangnya dengan 26 stesen.

Kebanyakkan landasan LRT3 adalah di atas tanah.

Manakala jajaran Projek MRT2 yang dilancarkan BN ialah 52.2 km panjangnya dengan 35 stesen.

Lagipun 11 dari 35 stesen ini adalah bawah tanah di tengah-tengah bandaraya. Kos sangat tinggi.

Oleh itu, kebanyakkan landasan MRT2 adalah di bawah tanah yang kosnya juga tinggi.

Ok, kita sampai point utama:

Adakah ianya logik jika kos sebenar LRT3 adalah RM31.7 bilion manakala kos sebenar projek MRT2 ialah RM39.4 bilion seperti didakwa Guan Eng?

Sedangkan jarak, jumlah stesen, lokasi projek dan ciri-ciri kedua-dua projek adalah jauh berbeza?

Ya, memang pening jika difikirkan.

Mana mungkin?

Tapi itulah Guan Eng.

Hutang negara RM686 bilion. Dia naikkan menjadi RM1 trilion.

Projek LRT3 RM9 bilion. Dia naikkan menjadi RM31.7 bilion.

Projek MRT2 RM32 bilion. Dia naikkan menjadi RM39.4 bilion.

Projek MRT2 RM55 bilion. Dia naikkan menjadi RM81 bilion.

Hutang 1MDB RM30 bilion. Dia naikkan menjadi RM51 bilion.

Lalu dia kata dia berjaya mengurangkan kos-kos projek itu dan puji sendiri.

Seolah-olah sudah jimat berpuluh-puluh bilion.

Padahal kos yang dia tetapkan selepas “dikurangkan” adalah lebih-kurang sama atau lebih mahal berbanding masa BN.

Dia kata kos LRT3 sebenarnya RM31.7 bilion – bukan RM9 bilion yang diumumkan BN.

Lalu dia kata dia berjaya kurangkan kos LRT3 menjadi RM16.6 bilion.

Itupun dengan mengurangkan saiz tren, jumlah stesen dan jumlah tren manakala tarikh projek siap dilambatkan selama 4 tahun dari tahun 2020 menjadi 2024.

Guan Eng pula kata kos sebenar MRT2 adalah RM39.4 bilion – bukan RM32 bilion diumum BN dahulu.

Dan sekali lagi, dia kata dia berjaya kurangkan kos MRT2 menjadi RM30.53 billion.

Sekali lagi, saiz stesen dan jumlah stesen dikurangkan – termasuk memansuhkan 2 stesen bawah tanah di tapak Bandar Malaysia.

(Sekarang, dia perlu tambah balik stesen-stesen ini dan naikkan kos semula kerana projek Bandar Malaysia dihidupkan semula oleh PH)

Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. Taktik biasa tauke cina. Bila buat jualan murah, harga barang dinaikkan. Lepas tu diberikan diskaun. Harga lepas diskaun balik semula atau hampir dengan harga asal sebelum diskaun. Pelanggan pun seronok ingatkan dah murah. Rupanya ditipu beli barang dengan harga yang tak berubah. Dikosmetikkan seolah2 dah murah.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker