Akhirnya Dr.Maza Temui Realiti

Share

Dr.Maza sebelum ini dilihat sbg pemimpin Islam dan Mufti yg sering memberikan pandangan dari sudut pandang yang berbeza dan lebih terbuka dalam sesuatu isu. Tulisan dan ucapan beliau sering kali dirujuk oleh puak liberal dan non muslim untuk dijadikan hujah apabila berlaku pertembungan pandangan dalam sesuatu isu membabitkan Islam. Kini beliau dikritik hanya kerana beberapa tindakan beliau yg dilihat bertentangan dgn kepentingan puak liberaliema dan extremis agama non muslim. Berikut adalah catatan luahan hati beliau berkaitan dgn isu ini.

Sumber: FB Dr.Maza

Demikianlah adanya realiti dalam negara kita..

Bila ada menteri sebut sepatah perkataan ‘dakwah’ di Sabah & Sarawak -sekali pun dengan maksud yang positif-, maka bangkit pihak berkenaan dengan penuh kemarahan. Sebut sahaja keadilan juga perlu diberikan kepada orang Melayu dalam pemilihan kerja di syarikat swasta tanpa mengenakan syarat yang tidak kukuh asasnya, bangkit lagi pihak berkenaan dengan penuh kemarahan. Sementara yang lain diam di sebalik ‘rahmat untuk sekelian alam’.

Sekian lama sebelum politik ‘rahmat sekelian alam’ ini muncul lagi saya berkempen dalam pelbagai wacana dan tulisan kepada Islam yang mesra dengan non-muslim. Sekian lama saya menyeru kepada Melayu-Muslim agar elakkan perkauman sempit. Sekian saya menyeru agar kita berpegang bahawa kebaikan Islam meliputi semua termasuk kepada bukan muslim. Sekian lama saya menyeru kepada toleransi antara agama dan kaum dengan penghujahan dalil-dali dari al-quran dan Sunnah. Sekian lama terdapat dalam kalangan Umat Islam sendiri yang menganggap saya terlalu liberal dalam isu-isu berkaitan hubungan dengan non-muslim. Sekian lama ramai non-muslim dari dalam dan luar negara memetik pelbagai ucapan dan tulisan saya untuk mempertahankan hak mereka dan sebagai kempen kepada Islam yang mesra untuk semua. Sekian lama ‘mereka’ sendiri datang berjumpa dan menjemput saya untuk memberikan penerangan tentang Islam yang pada mereka versi yang adil untuk semua. Sekian lama mereka menganggap saya merupakan tokoh progresif dan moderate muslim dalam negara ini.

Namun, hanya kerana saya menjemput seorang tokoh pendakwah yang mereka tidak suka untuk berkhutbah DALAM MASJID dengan syarat-syarat yang seiras dengan realiti Malaysia, terus saya dianggap musuh mereka. Hanya kerana kebencian mereka kepada seorang pendakwah yang dibenci kelompok ektremis negara asal mereka, maka mereka di sini pun memusuhi sesiapa yang mempunyai hubungan dengan pendakwah tersebut. Bermula dari situ mereka lancarkan permusuhan dan kempen kebencian. Maka ambillah pengajaran wahai orang-orang yang berakal. Itulah realiti di bumi kita.

SEKALIPUN begitu, sikap mereka itu tidaklah mengubah pendirian kita untuk bersikap adil untuk semua dan berpegang kepada Islam yang luas rahmatNYA untuk semua pihak termasuk mereka yang mengkritik kita. Ini kerana kita beragama bukan kerana mereka, tapi kerana itulah titah ALLAH kepada kita.

Dalam masa yang sama, ALLAH juga menitahkan kita berhati-hati dengan pihak yang tidak pernah mencari perdamaian, melainkan kesempatan dan permusuhan sahaja. Jangan sampai kita akhirnya menjadi mangsa. Rahmat sekelian alam itu bukan bermaksud mengizinkan kita diperkotak-katikkan. Namun, ia bermaksud kebaikan dan keadilan Islam merangkumi semua makhluk Allah. Islam itu memimpin. Sebagai pimpinan ia pasti tidak dimangsakan. Jika tidak, bagaimana ia akan muncul dengan wibawa dan memandu keadilan untuk sekelian manusia.

2 thoughts on “Akhirnya Dr.Maza Temui Realiti

  • May 19, 2019 at 2:19 am
    Permalink

    Ahli politik kata…jangan politik kan agama, pisahkan agama daripada politik, jangan jadikan agama untuk ditunggang demi politik dan kuasa.

    Tapi akhirnya manusia (yang berakal) akan akui peperangan tercetus hanya dengan satu sebab sahaja..mempertahankan agama dan menegakkan kehendak Allah.

    Reply
  • May 19, 2019 at 6:13 am
    Permalink

    Maza jgn perasan ko pun pejuang Wahabi totok sedangkan M’sia berubah adalah hasil dari kepimpinan kiriman Allah bertahap tahap dan sadarilah Tun adalah kedua terakhir sebelum kedatangan sosok terakhir maka masa itu dunia berubah menjadi aman untuk setiap manusia diami. Tahu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *