Rakyat dan penjawat awam disuruh ikat perut, pemimpim PPBM bermewah-mewahan

Share


Rakyat Kesempitan, Pemimpin PPBM Bermewah-mewahan…

Semalam pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengadakan majlis berbuka puasa yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dengan penuh gah.

Majlis iftar tersebut dibuat secara besar-besaran dan cukup mewah serta meriah, sedangkan rakyat disuruh ikat perut akibat kos sara hidup yang terlalu tinggi tetapi pemimpin-pemimpin PPBM ‘tidak mempedulikan isi perut rakyat asalkan isi perut sendiri mesti kenyang.’

Dalam ucapan Pengerusinya ada mengatakan kerajaan tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk memberi kekayaan tetapi ironinya anak-anak beliau seolah-olah mendapat pengecualian apabila dilaporkan mendapat projek-projek kerajaan.

Apabila melihat laman media sosial Facebook PPBM – Parti Pribumi BERSATU Malaysia, pelbagai komen, kritikan malah kutukan dari netizen apabila melihat pemimpin dan ahli parti tersebut mengadakan iftar bermewah-mewahan.

Berikut merupakan beberapa pandangan dan komen-komen dari warganet:

Paduka Kekanda Arie Airuddin: .. Makan lebihh..ekonomi negara merosot… Minyak mahal….bila nk btl2 harga murah minyak petrol???

Kkpr Mohamad Faezah Hj Zabidin: pencacai tua angkat najis ni…kesian tgk…dah mcm cter ahmad nisfu plak….hahaha….dulu dh puas hentam duit bn…..ko caxi maki plak….podaahhh….dh tua2 buat2 lah beramal ye….umah dh suh pergi..kubur dah pgl tu…x guna klo solat tanggang terbalik hati tu busuk…ehh…bangkai pun x busuk mcm ko ni kak…wangi aq rse bila dekat…kesian org tue kite lahirkn cukop sifat…akal n pikiran yg waras…tp,sayang…..makin cetek permikiran…sedih tgk anak² bangsa melayu ni skg…xtaw dah nk ckp mcm mne….kite berkelahi kutuk sana sini….cina tepuk tgn tgk kite kak oitt…sedar lah diri tu…klo nk komen tu…bg lah yg positif….yg baik² di bulan puasa nie…aq xdalah nk kte aq ni baik..setiap manusia ad melakukan kesalahan..aq pun kdg lantang juga bersuara….tp,aq pikir sebelom aq berkate²..cakap siang pandang²..cakap malam jeling²..

Azezul Khalib: anggaplah kemenangan tu sebagai kemenangan yang HARAM setelah beri janji palsu pada rakyat dan tabur fitnah pada pemimpin2 BN. moga dipadang masyar pemimpin2 PH merangkak meminta maaf pada setiap rakyat yang ditipu dengan manifesto palsu.

Anil Roy: Nk tye skit … sblm pru mcm2 email saya terima dari Parti pribumi sebagai ahli seumur Hidup . Skrg buat Jamuan pun tidak htr email knpe ?

Lutfy Ramly: Kemenangan menipu rakyat

Anuar Azizan: Wow.. dlm negara nk muflis masih ada duit buat majlis di PICC.. Hebat, duit tabung amanah ke, ke duit jual kapal atau duit pulangan dr 1mdb???

Si Nopa: Kesiannnn…ikat perut katanya

Mohamad Shahrin: wow .. ingat ikat perut ..

Rusminah Shiro: rakyat marhaen yg ikat perut yg kaya raya terkecuali

‘Cakap tak serupa bikin” itulah yang paling sesuai ditujukan kepada Bersatu apabila pemimpin bersatu menyuruh rakyat marhaen mengikat perut, berjimat cermat sedangkan pemimpin Bersatu terus menerus dengan cara mewah.

Umno Online



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *