Siapa Jho Low “Disisi” Daim?

oleh Ahnad Faiz

Kata media pro PH, Jho Low ni orang paling dikehendaki di Malaysia. Tapi betul ke begitu? Sebab kalau ikut kepada carian notis merah Interpol, namanya masih tidak ada disitu, nama Sirul ada, nama Jho Low takde.

Tapi itu satu hal, satu hal lagi, sudah dua kali rasanya diberitakan Jho Low ini berhubung dengan penasihat utama kerajaan Tun Daim Zainudin. Terbaru tentang ECRL pulak. Ini sudah tentu menimbulkan persoalan di kalangan rakyat Malaysia, siapa sebenarnya Jho Low ini disisi Daim dan bagaimana senang-senang dia boleh contact Daim?

Berjuta rakyat Malaysia tak tahu macam mana nak contact Daim tapi Jho Low pulak tahu dan sudah dua kali berhubung – yang rasmi (dimaklumkan Daim sendiri), yang tak rasmi tak tahu berapa kali.

Dengan pendedahan Perdana Menteri baru-baru ini bahawa Jho Low telah melesapkan RM 42 billion duit 1MDB (bukan Datuk Seri Najib Tun Razak), sudah tentu lelaki asal Pulau Pinang itu seharusnya dicari habis-habisan kan?

Apatah lagi katanya lokasi Jho Low ini memang diketahui.

Betul tak betul tuduhan tu belakang kira, yang penting RM 42 billion yang didakwa Jho Low mencurikannya, bukan jumlah yang sikit. Kita pun nak tahu money trail macam mana Jho Low satu orang boleh melesapkan begitu banyak wang, sebab itu kena bawak dia balik, bukan dok main persepsi persepsi macam ini.

Dan, betul ke 1MDB ada begitu banyak wang untuk dicuri? Axiata rugi lebih RM 5 billion pun dah dijual ke syarikat Norway, 1MDB yang hilang RM 42 billion pulak tak jadi apa-apa lagi? Dahsyat. Ini rekod dunia, belum pernah berlaku keadaan sepertinya.

Bagaimanapun yang penting sekarang ialah supaya hubungan Jho Low dan Daim ini dimaklumkan kepada rakyat. Kita faham ada penafian dari pihak Jho Low tapi itu tidak relevan sebab yang buat dakwaan dihubungi Jho Low ini ialah Daim, dialah kena explain.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker