Krisis Dengan Istana: Apa Pendirian Anwar Sebenarnya?

Share

oleh Ahmad Faiz

Sebaik dibebaskan setelah mendapat pengampunan diraja tahun lepas, Datuk Seri Anwar diketahui umum mengadakan perjumpaan dengan semua raja-raja Melayu.

Niat dan tujuan sebenar perjumpaan tersebut tak pernah didedahkan tapi sementara yang tersirat terus jadi persoalan, yang tersurat dari perjumpaan itu memberikan persepsi hormat Anwar sebagai bakal Perdana Menteri negara ini terhadap institusi beraja di negara kita.

Legalah rakyat sebab bakal Perdana Menteri akan terus menjunjung institusi beraja setelah memegang kuasa kelak.

Dua ke tiga hari kebelakangan ini bagaimanapun, persepsi itu sudah berubah.

Ini setelah Anwar membuat kenyataan terbuka menyokong Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam kemelutnya dengan institusi beraja terutama Istana Johor.

Kononnya ini tentang perlembagaan tapi bila difikirkan balik, apa pulak kaitannya menggelar kerabat dengan panggilan “budak kecil yang bodoh” dengan perlembagaan? Rakyat biasa kalau buat kenyataan macam itu, dah kena tangkap dan disumbat dalam lokap.

Rule of law lah sangat.

Tapi yang penting, kalau dilihat dari komen-komen rakyat di media sosial, Anwar sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dalam membantu menyelesaikan kemelut antara kerajaan pusat dan Istana ini.

Kita faham kesukaran Anwar sekarang sebab kuasa belum ada dalam tangan, tersalah cakap kang kot masuk balik ke dalam tapi ini memang bukan “kerja senang” pun kan? Dan sejak bila pulak Anwar “senang” dalam perjuangannya?

Masa inilah rakyat nak tuntut prinsip yang sering Anwar laungkan dulu. Sebab prinsip sanggup dipenjarakan, sebab prinsip sanggup didera, diseksa dan sebagainya. Dah pergi mana semua tu bila kaki selangkah saja lagi nak jadi Perdana Menteri?

Come on Anwar.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!