Ekonomi semakin lembab, BNM terpaksa turunkan kadar faedah

Keputusan Bank Negara Malaysia petang ini untuk menurunkan Kadar Faedah: Institusi Perbankan dari 3.25% kepada 3.00% merupakan pengakuan bahawa ekonomi negara telah menjadi lembab.

Walaupun ini antara langkah yang boleh membantu ekonomi negara, ianya juga menambah tekanan kepada nilai matawang Ringgit.

Kali terakhir BNM menaikkan kadar faedah ini (dari 3.00% kepada 3.25%) ialah pada bulan Januari 2018 sebelum PRU14 pada ketika pertumbuhan ekonomi negara adalah antara tertinggi di dunia.

Saya tidak sangka bahawa kadar ini perlu diturunkan semula selang setahun sahaja,



Penurunan kadar kepada 3.00% hari ini telah mengurangkan jurang antara kita dengan kadar faedah Amerika Syarikat terkini di antara 2.25% ke 2.5% setelah negara mereka berulang-kali menaikkan kadar mereka tahun lepas.

Oleh itu, lebih banyak dana asing mungkin akan mengambil keputusan untuk menjual bon pinjaman Malaysia dan akan menarik keluar wang dari Malaysia untuk dilabur di Amerika Syarikat atau negara lain.

Jika ini berlaku, nilai Ringgit akan jatuh lagi berbanding dolar Amerika Syarikat – terutama sekali jika Amerika mungkin akan menaikkan lagi kadar faedah mereka tahun ini.

Saya harap kerajaan PH akan memantau dan mengawal nilai Ringgit sebaik mungkin selepas ini agar kejatuhan Ringgit sejak PRU14 tidak bertambah teruk.



Wee Ka Siong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker