Dr Mahathir anggap TMJ ‘bodoh’

Dr Mahathir Mohamad hari ini menggunakan bahasa paling keras terhadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan menggelar Tunku Mahkota Johor itu atau TMJ sebagai “bodoh”, sekali gus mengancam untuk menghangatkan lagi sengketa terbuka antara mereka berdua.

“TMJ ni budak kecil. Dia bodoh sebab tidak tahu apakah yang sedang berlaku. Jadi janganlah bercakap kalau tak tahu apa yang berlaku, ” kata perdana menteri dalam temu bual khas dengan media di pejabatnya hari ini.

“Saya tidak mahu komen tentang Sultan kerana jika saya cakap apa-apa, itu tidak baik. Tidak baik sebab dia sultan,” katanya.

Dr Mahathir menjawab soalan berhubung dakwaan Tunku Ismail bahawa banyak jasa ayahnya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak didedahkan kepada umum.

TMJ sebelum ini berkata, keluarga diraja Johor menjadi mangsa serangan peribadi dan dikritik secara tidak adil berkaitan projek Sistem Aliran Transit.

FMT

https://www.youtube.com/watch?v=f7CGQ160xKc&feature=youtu.be

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker