Bila Masa UMNO Kait Pengambilan Aset TH Dgn Soal Kaum?

oleh Ahmad Faiz

Ada banyak pelik zaman ini sekarang. Yang tak laksana janji orang lain, yang tipu rakyat orang lain tapi yang kena tuduh bodoh, orang Melayu.

Entah bila masa UMNO mengaitkan pembelian asset TH oleh Kementerian Kewayangan sebagai isu perkauman, kita pun tak tau. Puas saya Google mencari siapa pemimpin UMNO yang buat kenyataan macam itu, tidak jumpa.

Tapi yang kena tuduh bodoh, orang Melayu.

Menambah pelik, perkara itu (ambil alih asset) bukan masalah perkauman pun tapi isu itu lebih kepada kebodohan dalam membuat keputusan oleh pentabiran sekarang.

Dulu benda tak rugi dikatakan rugi, apa sekali rugi betul bila banyak pelaburan TH alami kerugian akibat kejatuhan pasaran saham akibat dari polisi ekonomi yang caca marba dan sebagainya sejak Penipu Harapan (PH) ambil alih.

Seingat sayalah, sejak perubahan kepimpinan ni, dah 2 kali orang Melayu dituduh bodoh oleh orang-orang besar PH ni. Apa masalah puak-puak ini pun kita tidak tahu.

Yang sebetulnya, orang Melayu tak bodoh, cumanya, ramai yang diperbodohkan sehingga tergamak menukar kerajaan berdasarkan impian dan harapan kosong dalam PRU14 yang lepas.

Hasilnya kita lihat sekaranglah, apa dia janji, apa benda pulak dia buat? Dari 100 hari sampai dah nak ke setahun, apa dia yang dah terlaksana sangat tu? Dah murah ke barang, dah free ke jalan tol, dah tak payah bayar ke pinjaman dan lain-lainnya?

Jawablah kalau pandai sangat?

Related Articles

One Comment

  1. Nak tutup masalah atas kerugian TH kerana kejatuhan harga saham, harga sawit, harga getah.. maka tuduh melayu bodoh… yang bodoh ialah kepimpinan kerajaan dari pm, menteri , penasihat tua, dan macai-macai PH..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker