Kerajaan PH tengah buat “O-Turn” – Najib

Share

Mula-mula mereka tandatangan Statut Rom, lepas itu U-turn kata nak tarik diri.

Sekarang mahu U-turn lagi untuk teruskan.

U + U = O.


Minta tanya, raktifikasi Statut Rom adalah janji yang berapa dalam Manifesto bukan kitab mereka?

Apa yang mustahak sangat isu ini sehingga negara menjadi tegang dan 4 profesor yang disanjung tinggi dikecam oleh Menteri Pendidikan yang sepatutnya mempertahankan hak memberi pendapat mereka?

Apa salah mereka memberi pendapat mereka memandangkan peguam negara dahulu pun ada kerisauan tentang Statut Rom?


Adakah kos harga barang akan turun jika kita raktifikasi Statut Rom?

Adakah ekonomi kita akan memulih?

Minggu lepas, kerajaan PH janji harga sawit akan pulih apabila mereka tandatangan MOU untuk menjual sawit kepada dengan China.


Masa dia umum, harga minyak sawit RM2,200.

Semalam, jatuh di bawah RM2,000 satu tan.

Adakah harga minyak sawit yang memberi impak kepada kesejahteraan hidup untuk ratusan ribu Rakyat Malaysia akan pulih jika kita teruskan dengan Statut Rom?

Pasaran saham kita tiba-tiba tidak lagi menjadi paling corot dalam dunia jika kita sign?

Menteri-menteri PH akan tiba-tiba menjadi lebih bijak bila kita teruskan Statut Rom? Minyak sesudu sawit sehari tak cukup?

Hutang Negara akan jatuh dan tidak lagi meningkat dengan kadar lebih cepat di bawah kerajaan PH?

Harga petrol akan jatuh ke RM1.50?

PTPTN akan dimansuhkan?

BR1M akan naik balik ke RM2,000?

Tak perlu lagi tanam padi pada malam hari?

Kereta terbang akan terbang serta-merta?

Kerajaan dan Rakyat tahu tak?

Ketiga-tiga kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Rusia dan China TIDAK meratifikasi Statut Rom.

Israel, Arab Saudi, Korea Utara, India dan Pakistan TIDAK meratifikasikan.

8 daripada 10 negara ASEAN termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand juga TIDAK meratifikasi Statut Rom.

Pada masa kita terdesak mahu raktifikasi, negara jiran Filipina pula tarik diri dari Statut Rom pada bulan Mac.

Pada zaman PM ke-4, tak sekali pun dia pernah sebut tentang Statut Rom ini.

Apakah kepentingan, kelebihan dan manfaat kepada negara sehingga kerajaan PH hari ini terdesak sangat untuk meratifikasi Statut Rom pada masa ini?

Benda boleh tangguhkan buat apa nak gaduh sekarang?

Najib Razak

Leave a Reply