Rakyat boleh tanam padi waktu malam – Tun Mahathir

Kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi waktu malam dalam usaha membantu mempermudah dan meringankan kerja rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, inisiatif itu juga sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing yang kini mencecah tujuh juta.

Selain itu katanya, kerajaan turut merancang pembinaan kilang yang mampu membina rumah sebagai sebahagian inisiatif tersebut.

“Kita sedang fikir sama ada kita boleh alih waktu kerja daripada siang hari kepada malam. Memanglah gelap, tapi orang kaya boleh main golf waktu malam, mungkin kita boleh tanam padi waktu malam sebab siang panas. Ini boleh kurangkan tekanan.

“Di sesetengah negara bila datang bulan puasa, mereka tidur siang dan malam bekerja.Jadi ia bukan sesuatu luar biasa.Sekarang ada lampu LED, tidak guna elektrik yang banyak.Ini antara langkah kerajaan yang sedang berusaha wujudkan banyak pekerjaan,” katanya ketika berucap dalam majlis Jamuan Makan Malam Tautan Muhibbah Parlimen Segambut 2019 anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)di sini hari ini. – UTUSAN ONlLINE

Related Articles

3 Comments

  1. hari ni aku terbaca juga berita kata kerajaan menurunkan bayaran levi pengambilan tenaga kerja warga asing tapi dalam masa sama kononnya kerajaan nak membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing

    tidakkah sepatutnya kerajaan menaikkan bukan menurunkan bayaran levi untuk memberi tekanan kepada majikan mengambil tenaga kerja warga tempatan dari memberi keutamaan mengambil tenaga kerja warga asing?

    menurunkan atau mengekalkan dari menaikkan bayaran levi akan membuat majikan terus galak mengambil tenaga kerja warga asing tapi madey nak galak majikan buka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan…dimana warasnya kata2 madey?

    retorik oh retorik cakap tak serupa bikin…tak habis2 atok 94 tahun & kerajaan pakatan hancingnya(ph) menipu & memperbodoh lagi rakyat

    pasal tanam padi waktu malam tu aku nak kata buang tebiat tak lama lagi nak mampos!

  2. Majikan mengambil pekerja asing kerana bayaran gaji lebih murah. Apa kena mengena dgn kerja siang atau malam? Lagipun padi boleh ditanam waktu pagi kalau tak nak kena panas. Faktor usia ni…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker