Bagaimana Propaganda Pakatan Harapan Menipu Rakyat

 

Saya nak ulas sedikit bagaimana propaganda PH menipu rakyat.

Kedua-dua berita ini merujuk kepada isu yang sama iaitu laporan eksport negara yang dikeluarkan tengah hari ini.

Tetapi tajuk berita kedua ini amat berbeza.

Sumber berita di kanan adalah dari BERNAMA dan berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).

Untuk menipu rakyat yang tidak teliti, mereka mengeluarkan berita dengan tajuk “Malaysia catat pertumbuhan eksport tertinggi sejak April 2010”

Sebenarnya mereka telah membuat perbandingan antara nilai ekspot bulan Mac 2019 dengan Februari 2019.

Bulan Februari adalah bulan yang pendek dan juga bulan untuk Tahun Baru Cina di mana kebanyakkan kilang tutup selama seminggu.

Sudah tentu keluaran eksport untuk bulan Februari adalah jauh lebih rendah berbanding bulan Mac.

Oleh itu, tidak patut dan tidak betul untuk membandingkan bulan Mac dengan bulan Februari dan claim kenaikkan besar!

Tetapi untuk menipu rakyat dan untuk berita yang syiok sendiri di berita televisyen, kerajaan PH terpaksa berbuat demikian.

Perbandingan patut dibuat dengan bulan yang sama tahun lepas jika mahu mengukur prestasi sebenar.

Perbandingan tahun ke tahun ini yang digunakan oleh penganalisis ekonomi.

Kebenarannya ialah eksport untuk bulan Mac telah jatuh berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Ini adalah kejatuhan untuk dua bulan berturut-turut selepas eksport bulan Februari juga jatuh berbanding Februari tahun lepas.

Nampak tak? Bagaimana PH menipu rakyat.

Inilah tajuk berita dari media-media yang lain:

Malaysia’s March exports shrink 0.5 pct y/y
https://www.reuters.com/article/malaysia-economy-trade/update-1-malaysias-march-exports-shrink-0-5-pct-y-y-idUSL3N22F0MY

Malaysia exports down on-year for second straight month in March
https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-exports-down-onyear-second-straight-month-march

Eksport Mac jatuh 0.5 peratus
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/eksport-mac-jatuh-0-5-peratus-1.893876

INI pula berita propaganda PH dari MITI melalui BERNAMA:
https://www.sinarharian.com.my/article/26392/BERITA/Nasional/Malaysia-catat-pertumbuhan-eksport-tertinggi-sejak-April-2010

FB: Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker