Selepas janji ini dicapati PH berkali-kali; Lantikan politik perlu dilihat secara positif kerana mempunyai kepakaran tertentu pula- Najib

Kepakaran Tertentu Pula? Janji Manifesto ‘Dicapati’ Berkali-kali, Bidas Najib

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berterus-terusan memungkiri janji Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mereka yang lalu.

Manifesto PH, dalam Janji 22 ada menyebut, ‘Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan (GLC) setaraf dengan piawaian antarabangsa’ dan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.

Bidasnya dalam satu hantaran di Facebooknya, walaupun terkandung di dalam manifesto lantikan politik tidak dibenarkan tetapi setelah berkuasa, PH ingkar.



“Selepas janji ini dicapati berkali-kali; ‘Lantikan politik perlu dilihat secara positif kerana mempunyai kepakaran tertentu’.

“Namun, PH tidak sebut apa kepakaran dan pengalaman dalam bidang pertanian yang Husam Musa ada apabila PH melantik dia sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),” tegas Ahli Parlimen Pekan itu.

Tambahnya, itu merupakan satu contoh sahaja sedangkan sebenarnya banyak lagi contoh-contoh yang berkaitan.

Sebagai rekod, sebelum ini terdapat beberapa nama ahli politik PH dilantik menerajui GLC, antaranya seperti aktivis undang-undang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mohamed Haniff Khatri Abdulla dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti tersebut, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi pula mengetuai Mara Corporation Sdn Bhd dan Datuk Dr. Sukiman Sarmani sebagai Pengerusi UNITEK-Mara.



PH turut melantik ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang juga Timbalan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM, Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dr Faiz Naaman (Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan Exco ARMADA Nasional) di Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan isteri Setiausaha Politik Perdana Menteri dan Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Junaidah Kitting sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.

Manakala nama-nama lain seperti Timbalan Ketua Pemuda PAN Nasional, Faiz Fadzil dengan jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pengerusi PAN Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah sebagai Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAN Nasional, Mazlan Aliman sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Begitu juga Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Pengerusi PH Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkuatkuasa 1 Mac lalu. – Media UMNO

Umno Online



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker